Go Back
+ servings
resepi bingka tepung beras

Bingka Tepung Beras

Kuih tradisional yang manis, lembut, sedap, dan mudah dibuat.
No ratings yet
Prep Time 10 minutes
Cook Time 2 hours
Course Snack
Cuisine Melayu
Servings 1 hidangan

Ingredients
  

  • 120 gram tepung beras
  • 30 gram tepung jagung
  • 800 ml santan sederhana
  • 100 ml gula
  • ½ sudu kecil serbuk vanila
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 1 helai daun pandan

Instructions
 

  • Masukkan tepung beras, tepung jagung ke dalam santan kemudian tapis. Selepas tapis masukkan gula, serbuk vanila, garam halus, daun pandan dan masak sehingga menjadi bubur berkilat dan tidak berbau tepung dengan api sederhana kecil.
  • Setelah dijadikan bubur barulah tuangkan loyang yang telah disapu dengan marjerin atau minyak sayur (saya sapukan menggunakan sapuan yang terdiri daripada tepung, marjerin dan minyak sayuran) ratakan permukaan doh kek dan tumbuk loyang supaya permukaan kek adalah sempurna.
  • Oven dengan suhu 200°C dengan api atas bawah selama 1 jam 30 minit sehingga permukaan kuih bingka tepung beras ini berwarna perang dan berkerak tapi boleh guna oven gas lebih cepat ye mak-mak. Saya menggunakan kuali segi empat tepat, lebih tepatnya, kuali brownies bersaiz 26 × 4 cm.
  • Selepas 1 jam 30 minit kuih bingka tepung beras asli masak dengan sempurna.
Keyword bingka tepung beras
Tried this recipe?Let us know how it was!