Hidangan telur masak lemak kuning sangat sesuai dijadikan hidangan harian.
Hidangan telur masak lemak kuning ini dibuat dengan sangat ringkas dan mudah, bahan-bahannya juga agak mudah diperolehi.
Menu telur masak lemak kuning juga banyak digunakan oleh masyarakat untuk perniagaan kulinari.
Bagi yang ingin tahu cara membuat telur masak lemak kuning, kami sediakan resepi berikut:

Telur Masak Lemak Kuning
Ingredients
- 5 biji telur
- 750 ml santan pekat sederhana
- 1 batang daun kari
- 1 batang serai pukul
- 4 biji cili hijau potong serong
- 1 biji tomato potong
- 1½ sudu kecil garam
- ½ sudu kecil gula
Rempah Kisar
- 1 sudu besar bawang merah halus
- ½ sudu besar bawang putih halus
- ½ sudu besar cili padi hijau halus
- ½ sudu besar serbuk ketumbar
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- ¼ sudu kecil serbuk lada
- 3 biji asam sunti
Instructions
- Rebus santan + rempah kisar + serai + temurui / daun kari hingga mendidih sambil dikacau supaya santan tidak pecah. Perasakan dengan garam & gula, gulpas sebagai pengganti perasa.
- Selepas mendidih, masukkan telur satu persatu dan beri selang masa antara satu telur dengan telur yang lain. Tunggu sehingga telur pertama terbentuk dan keras, kemudian masukkan telur seterusnya. Lakukan sehingga semua telur masuk, jangan lupa kacau.
- Setelah semua telur masuk & masak, barulah masukkan cili hijau & tomato/ belimbing. Masak sekejap, sesuaikan perasa & tutup api.
- Hidangkan & semoga berjaya.
Apakah Kegunaan Kunyit dalam Kehidupan Seharian?
Kunyit berfungsi untuk menyekat tindak balas keradangan dalam sel badan, termasuk sel pankreas, lemak dan otot. Tindak balas ini boleh membantu mengurangkan rintangan insulin, menurunkan paras gula dalam darah, dan kolesterol serta gangguan metabolik lain yang disebabkan oleh berat badan berlebihan.
Apakah Rasa yang Diberikan oleh Ketumbar?
Dalam bidang masakan, ketumbar adalah bahan biasa dalam masakan Asia dan berfungsi sebagai tumbuhan herba. Rasa pedas dan pedas dengan sedikit rasa masam dan manis ini menjadi kegunaan utama dalam masakan, terutamanya masakan dengan rempah yang kuat seperti kari dan kari.