Telur Masak Asam

Hidangan telur masak asam sangat sesuai dijadikan hidangan harian.

Hidangan telur masak asam ini dibuat dengan sangat ringkas dan mudah, bahan-bahannya juga agak mudah diperolehi.

Menu telur masak asam juga banyak digunakan oleh masyarakat untuk perniagaan kulinari.

Bagi yang ingin tahu cara membuat telur masak asam, kami sediakan resepi berikut:

resepi telur masak asam

Telur Masak Asam

Menu telur olahan yang sedap dan menyelerakan.
No ratings yet
Prep Time 10 mins
Cook Time 30 mins
Course Main Course
Cuisine Melayu
Servings 3 people

Ingredients
  

  • 3 biji telur buat telur mata lembu
  • 3 biji bawang merah hiris nipis
  • 1 ruas kunyit hiris nipis
  • 2 batang serai ambil bahagian putih
  • secukup rasa asam jawa
  • secukup rasa garam
  • secukup rasa gula
  • secukup rasa asam sunti pilihan
  • secukup rasa air
  • 2 sudu besar minyak masak
  • secukup rasa cili padi

Instructions
 

  • Panaskan minyak masak, tumis bawang besar hingga naik bau.
  • Masukkan cili, serai dan kunyit, tumis sebentar.
  • Masukkan air kemudian masukkan garam dan gula.
  • Masukkan asam jawa dan telur hingga mendidih.
  • Akhir sekali masukkan asam sunti dan uji rasa, jika betul, keluarkan, sedia untuk dihidangkan.
Keyword telur ceplok asam jawa, telur masak asam
Tried this recipe?Let us know how it was!

Apakah Kebaikan Asam Jawa?

Asam jawa berguna untuk meningkatkan imuniti, melindungi hati, dan mencegah penyakit jantung. Selain baik untuk kesihatan, asam jawa baik untuk diet dan penurunan berat badan. Asam jawa mengandungi serat dan rendah lemak yang baik untuk penurunan berat badan.

Adakah Asam Jawa Selamat Untuk Orang yang Mempunyai Asid Perut?

Sekiranya anda mengalami ulser, lebih baik elakkan mengambil makanan yang mengandungi asam jawa di dalamnya. Ini kerana asam jawa mungkin mempunyai pH3, tahap yang dianggap sangat berasid untuk penghidap ulser.

Apakah Kebaikan Asam Sunti?

Kegunaannya digunakan secara meluas untuk memberikan rasa masam yang enak. Biasanya rempah dapur ini terdapat dalam masakan yang mempunyai rasa masam dan pedas seperti uengkoet keumamah, gule asam keueung, dan lain-lain.