Telur Dadar Rangup

Bosan dengan telur dadar yang biasa-biasa saja? Cuba buat telur dadar dengan tekstur yang rangup dan rasa yang menyelerakan yang dijamin akan membuatkan Anda ketagih!

Inilah resepi telur dadar rangup yang boleh Anda cuba.

telur dadar rangup

Telur Dadar Rangup

Plan nak cari yang baru dari segi masak telur, akhirnya jumpa formula macam ni.
No ratings yet
Prep Time 10 mins
Cook Time 25 mins
Course Main Course
Cuisine Chinese
Servings 2

Ingredients
  

Bahan-bahan

  • 2 Biji Telur ayam
  • 2 Sudu besar Tepung
  • 4 Ulas Bawang merah
  • 2 Ulas Bawah putih
  • 1 Sudu kecil Lada
  • Secukupnya Daun bawang
  • Secukupnya Cili api/cili merah
  • Secukupnya Garam
  • Secukupnya Perasa

Instructions
 

  • Campurkan semua bahan, kemudian kacau dengan cepat.
  • Goreng dalam minyak panas dan banyak-banyak kerana ini membuatkan telur menjadi garing dan rangup.
  • Selepas ia bertukar menjadi perang gelap, keluarkan dan toskan minyak.
  • Hidangkan selagi hangat. Boleh dicelup dalam sos atau sebagai ulam.
Keyword Dadar, Rangup, Telur
Tried this recipe?Let us know how it was!

Perihal Telur Dadar Rangup

Beberapa perkara yang berkaitan dengan resepi telur dadar rangup.

Kandungan Telur Dadar

Telur dadar 61 gram yang dimasak mengandungi 6.4 gram protein atau kira-kira 26 kalori atau 27% daripada jumlah 94 kalori hidangan keseluruhan telur dadar. Wanita dewasa sepatutnya memerlukan 46 gram protein setiap hari. Sedangkan lelaki memerlukan 56 gram protein setiap hari.

Khasiat Telur Dadar

Di bawah adalah pelbagai manfaat telur:

  • Membentuk tisu badan dan membantu fungsinya.
  • Menjaga kesihatan mata.
  • Menjaga kesihatan otak.
  • Menurunkan paras kolesterol jahat.
  • Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Menguatkan sistem imun.

Telur Boleh Diproses Menjadi Pelbagai Jenis Masakan.

Terdapat beberapa resipi telur yang boleh anda cuba:

  1. Telur tumis.
  2. Telur goreng berkrim.
  3. Telur dadar ayam cendawan sayur.
  4. Kari telur.
  5. Telur masak kicap.

Itu resepi telur dadar rangup, mudah bukan?