Jika anda mempunyai stok telur di rumah, kali ini anda boleh membuatnya menjadi telur bistik. Telur bistik ini diinspirasikan daripada makanan tipikal Thai, yang dipanggil kai yud sai.
Daging lembu yang dikisar dicampur dengan sos stik, kemudian dihidangkan dengan telur dadar. Bezanya, kali ini telur stik menggunakan daging ayam.
Sesuai untuk menu sarapan pagi dan tetap sedap walaupun tanpa nasi. Jom, tengok resepi telur bistik di bawah!

Telur Bistik
Ingredients
- 1 sudu besar sos spageti
- 1 sudu besar sos tiram
- 3 biji telur
- ½ cawan daging cincang
- ½ biji bawang besar dipotong dadu
- 2 ulas bawang putih dicincang
- 1 hiris cupsicum hijau dipotong dadu
- 1 tangkai cili padi merah dipotong dadu
- 1 tangkai cili padi hijau dipotong dadu
- ½ biji lobak merah dipotong dadu
- secukupnya garam
- secukupnya gula
- secukupnya minyak
- secukupnya air untuk kuah
Instructions
- Pecahkan telur, pukul sebati dengan garam dan goreng dadar diatas kuali yang sedikit lebar. Angkat dan ketepikan.
- Tambahkan minyak pada kuali tadi, tumiskan bawang putih dan masukkan daging. Biarkan sehingga daging masak.
- Masukkan bawang besar, cili padi, lobak merah, Sos Spageti dan Sos Tiram.
- Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. Biarkan mendidih sebentar. tambahkan air jika mahu.
- Tutup api, barulah masukkan hirisan cupsicum merah dan hijau.
- Tuangkan sos keatas telur dadar, bungkus dan terbalikkan keatas pinggan hidangan. Siap untuk dihidangkan.
Perbezaan Antara Bistik dan Stik
Bistik ialah perkataan pinjaman untuk “beef steak” yang sebenarnya merujuk kepada daging lembu. Namun, kini ia sering digunakan juga untuk ayam dan ikan.
Steak adalah perkataan asli Inggeris yang sebutannya secara umum oleh orang Melayu lebih mirip dengan disebut sebagai “stik”.
Khasiat Telur Ayam
- Membentuk tisu badan dan membantu fungsinya.
- Menjaga kesihatan mata.
- Menjaga kesihatan otak.
- Menurunkan paras kolesterol jahat.
- Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
- Membantu mengekalkan berat badan.
- Menguatkan sistem imun.
Akibat Makan Terlalu Banyak Telur
Makan telur secara berlebihan terbukti menyebabkan gangguan pencernaan seperti kembung perut, gas, dan sakit perut.
Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai masalah alahan telur, reaksi pertama yang akan muncul selepas memakannya ialah kembung perut dan gejala gastrik.
Telur memang boleh dijadikan pelbagai hidangan yang enak dan menyelerakan. Selain membuat telur bistik, kita juga boleh membuat telur bungkus, telur masak kicap dan kerutuk telur yang tidak kurang enaknya.