Telur Ayam Hitam

Hidangan telur ayam hitam sangat sesuai dijadikan hidangan harian.

Hidangan telur ayam hitam ini dibuat dengan sangat ringkas dan mudah, bahan-bahannya juga agak mudah diperolehi.

Menu telur ayam hitam juga banyak digunakan oleh masyarakat untuk perniagaan kulinari.

Bagi yang ingin tahu cara membuat telur ayam hitam, kami sediakan resepi berikut:

resep telur ayam hitam

Telur Ayam Hitam

Menu telur olahan yang sedap dan menyelerakan.
No ratings yet
Prep Time 10 mins
Cook Time 30 mins
Course Main Course
Cuisine Melayu
Servings 5 people

Ingredients
  

  • 5 biji telur
  • 3 sachet uncang teh

Rempah Kisar

  • 2 biji bawang merah hiris
  • 2 ulas bawang putih hiris
  • 3 helai daun salam
  • secukup rasa garam
  • secukup rasa gula
  • secukup rasa lada
  • secukup rasa gula perang
  • secukup rasa kicap manis
  • secukup rasa kicap masin

Instructions
 

  • Rebus telur hingga masak. Celupkan dalam air sejuk/air ais supaya kulit mudah kupas. Simpan di dalam peti sejuk semalaman.
  • Rebus telur sekali lagi menggunakan uncang teh sehingga berwarna perang gelap.
  • Apabila sudah siap, tumis bawang putih, bawang merah dan daun salam. Masukkan telur bersama sedikit air teh kemudian diikuti dengan semua rempah sehingga meresap, uji rasa. Hidang.
Keyword telur ayam hitam
Tried this recipe?Let us know how it was!

Apakah Faedah Uncang Teh?

Uncang teh mempunyai banyak manfaat, seperti untuk kecantikan. Uncang teh yang dibancuh kaya dengan vitamin, mineral, antioksidan, antibakteria, kafein, flavonoid dan tanin. Kandungan uncang teh bagus untuk mengekalkan kecantikan kulit, mata, dan bibir.

Apa Guna Kicap Masin?

Kicap masin boleh digunakan sebagai pelengkap atau sos pencicah. Malah, di Jepun, kicap biasa digunakan untuk pelengkap sushi. Rasa umami boleh membuatkan masakan lebih sedap. Penggunaannya, boleh untuk sushi, makanan bergoreng seperti jeon ala Korea, atau dimsum.

Apakah Kacang yang Digunakan Untuk Membuat Kicap?

Kita boleh mengetahui pelbagai jenis rempah ratus dan perasa yang digunakan dalam makanan. Salah satunya ialah kicap. Terdapat pelbagai jenis kicap antaranya kicap manis dan kicap. Kebanyakan kicap yang kita tahu diperbuat daripada kacang soya.