Spaghetti Tuna Pedas

Nak makan ala cafe tapi bajet? Anda boleh mencuba menu yang satu ini, spaghetti tuna pedas. Bagi penggemar pedas, spaghetti tuna pedas ini sangat sedap dan mudah dibuat. Masa nak buat sangat singkat tau.

Selain itu, bahan yang diperlukan juga mudah dan senang didapati. Semak cara membuatnya di bawah, ya.

resepi spaghetti tuna pedas

Spaghetti Tuna Pedas

Antara masakan ciptaan spaghetti yang sedap dan praktikal.
No ratings yet
Prep Time 30 mins
Cook Time 30 mins
Course Main Course
Cuisine Italian
Servings 1 hidangan

Ingredients
  

  • 500 gram spaghetti
  • 100 gram tuna pedas segera
  • 1 biji bawang besar
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1 biji tomato
  • 1 biji cili merah
  • 1 batang daun bawang
  • 2 sudu kecil garam
  • ΒΌ sudu kecil perasa

Instructions
 

  • Buka tin tuna dengan berhati-hati menggunakan penutup tin, simpan di dalam peti sejuk terlebih dahulu
  • Hiris nipis bawang besar.
  • Hiris cili merah dan daun bawang secara bersilang.
  • Panaskan 900 ml air dalam periuk. Apabila mendidih, masukkan spageti dan masukkan 1 sudu kecil garam.
  • Kacau spageti dari semasa ke semasa dengan garpu dan rasa untuk tekstur. Bila dah 7 minit dan tekstur spageti dah lembut, tutup api dapur dan ambil baki 5 sudu besar air masak.
  • Panaskan kuali dan masukkan bawang besar, cili merah dan daun bawang. Masukkan baki air spageti rebus dan kacau sehingga sekata. Masukkan tuna segera, 1 sudu kecil garam, perasa dan kacau sehingga sekata.
  • Susun spageti di atas pinggan lebar dan renjiskan sos tuna pedas di atasnya. Masukkan hirisan tomato untuk hiasan.
Keyword spaghetti tuna pedas
Tried this recipe?Let us know how it was!

Adakah Tuna Sihat?

Tuna mengandungi sumber vitamin D yang baik untuk kesihatan dan daya tahan tulang. Pengambilan tuna membantu mencegah pelbagai penyakit tulang.

Adakah Tuna Tinggi Protein?

Apa sahaja jenis tuna yang anda makan boleh memberikan sejumlah besar protein, iaitu 24-30 gram protein setiap 85 gram tuna. Protein lengkap dari ikan ini akan menyokong pelbagai fungsi badan dengan baik.

Mengapakah Daging Tuna Berwarna Merah?

Warna merah daging tuna berasal daripada mioglobin dan hemoglobin. Mioglobin adalah protein yang mengikat oksigen dalam serat otot. Protein ini digunakan oleh otot dan jantung semasa melakukan aktiviti fizikal.

Bolehkah Tuna Menyebabkan Gout?

Selain keadaan laut yang tidak begitu menggalakkan kualiti ikan dan boleh mengganggu kesihatan, kandungan purin yang tinggi dalam ikan juga tidak baik untuk penghidap gout. Ikan yang termasuk dalam pantang larang bagi penghidap gout ialah ikan tuna, ikan bilis, tenggiri dan trout.

Ini adalah resipi spaghetti tuna pedas yang lazat yang boleh anda buat sendiri di rumah. Cuba juga resipi lain seperti spaghetti bakar, spaghetti goreng telur dan spaghetti goreng udang yang juga lezat dan menyelerakan.