Musim durian ini cukup popular dengan pelbagai hidangan yang dibuat daripada buah raja ini, bermula daripada cendol durian sehinggalah serawa durian. Bercerita tentang serawa durian atau puri durian, penulis pasti ramai antara kita yang menjadi hantu kepada hidangan serawa durian ini.
Bayangkan serawa durian ini dimakan bersama pulut kukus, membuatkan sesiapa pun tertelan. Jom kita lihat cara membuat serawa durian yang bukan sahaja sedap dimakan, malah mudah disediakan.

Serawa Durian
Ingredients
- 1 biji durian saiz besar
- 1 cawan air
- 1 cawan santan pekat
- 2 sudu kecil gula
- ½ sudu kecil garam
- 1 helai daun pandan
Instructions
- Masukkan durian ke dalam periuk.
- Campurkan semua bahan lain dengan baik. Masak dengan api sederhana hingga mendidih. Kacau terus supaya santan tidak berketul.
- Biarkan mendidih dengan api perlahan sehingga durian penuh dengan biji. Boleh tambah air jika terlalu pekat.
Cara Memilih Durian Manis
Perhatikan bentuk duri. Duri pendek dan jarang mempunyai banyak buah dan rasa manis, manakala duri panjang dan padat daging durian adalah sedikit. 6. Pilih durian yang ringan, lagi berat durian lagi besar bijinya, lagi ringan durian lagi kecil biji dan lagi manis isinya.
Vitamin yang Terkandung dalam Buah Durian
Walaupun berduri dan mempunyai bau yang cukup tajam, buah durian mengandungi pelbagai khasiat penting, seperti antioksidan, karbohidrat, serat, protein, lemak, vitamin A, vitamin C, magnesium, dan fosforus. Nutrien ini diketahui baik untuk kesihatan anda.
Kesan Sampingan Makan Durian
Pengambilan durian secara berlebihan boleh meningkatkan paras gula dalam darah. Dalam 1 kg durian mengandungi 1,500 kalori. Jumlah ini sangat tinggi, malah mencecah 70 peratus keperluan kalori harian. Pengambilan durian yang berlebihan boleh mencetuskan pengecutan saraf di kepala hingga menyebabkan rasa pening.
Khasiat Buah Durian Untuk Kesihatan
- Baik untuk Penghadaman.
- Mencegah Penyakit Jantung.
- Mencegah Diabetes.
- Mengawal Tekanan Darah.
- Mencegah Penuaan.
- Mencegah Kanser.
- Merawat Penyakit Disfungsi Seksual.
- Menjaga Kesihatan Tulang.
Inilah resepi serawa durian yang boleh anda cuba sendiri di rumah sebagai ulam atau kudapan sebagai peneman menu utama. Selain itu, anda juga boleh mencuba menu lain seperti coco crunch coklat dan teh ais Thai yang juga mudah dan praktikal untuk dibuat dengan bahan-bahan yang anda ada di rumah.