Sawi Goreng Telur

Sawi antara menu sihat yang boleh dimasak bila-bila masa. Sawi boleh dimasak menjadi menu sup sayur dan sawi goreng telur.

Sawi goreng telur ini sesuai dihidangkan semasa new normal. Faedah yang ada dalam sawi, salah satunya boleh meningkatkan imuniti.

Terdapat pelbagai jenis resipi yang boleh dibuat untuk membuat sawi. Cara paling mudah untuk memasak ialah membuat sawi goreng telur.

Untuk menambah kelazatan sayuran ini, anda boleh menambah telur. Umum mengetahui bahawa sawi mempunyai banyak manfaat kesihatan.

resepi sawi goreng telur

Sawi Goreng Telur

Sawi goreng telur ini merupakan menu ringkas dan berkhasiat.
No ratings yet
Prep Time 10 mins
Cook Time 30 mins
Course Main Course
Cuisine Melayu
Servings 2 people

Ingredients
  

  • 3 pokok sawi
  • 1 biji telur
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah
  • 1 biji tomato
  • ¼ sudu kecil garam
  • ¼ sudu kecil perasa
  • ½ sudu kecil serbuk lada
  • ¾ gelas air
  • secukupnya minyak masak

Instructions
 

  • Potong sawi hijau dan cuci bersih, masukkan sedikit garam ke dalam air basuhan.
  • Hiris bawang merah dan bawang putih, potong dadu tomato.
  • Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan telur, dikacau hingga masak.
  • Masukkan air dan sawi hijau, masak hingga sawi layu sedikit, kemudian masukkan tomato, garam, perasa dan serbuk lada sulah, gaul rata dan masak hingga masak dan air berkurangan.
  • Sedia untuk dihidangkan.
Keyword sawi goreng telur, sayur sawi goreng
Tried this recipe?Let us know how it was!

Kebaikan Sayur Sawi

Sawi hijau atau caisim adalah tumbuhan yang mengandungi banyak khasiat yang baik untuk tubuh. Manfaat sayur sawi termasuk mencegah kanser dan mengurangkan keradangan kronik. Sawi hijau atau juga dikenali sebagai caisim merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai nama saintifik Brassica rapa var.

Sama seperti semua sayuran hijau, sayur sawi mengandungi antioksidan yang melindungi tubuh anda daripada kerosakan radikal bebas. Mereka juga merupakan sumber serat yang hebat, yang membantu mengawal saluran penghadaman anda dan merendahkan paras kolesterol tinggi.

Kandungan Nutrisi Sawi

Sawi segar adalah sumber beberapa anti-oksidan dan mineral penting seperti vitamin C, vitamin A, vitamin E, karotena dan beberapa mineral penting lain seperti kalsium, besi, magnesium, kalium, zink, selenium, dan mangan.

Sawi memang boleh dijadikan pelbagai hidangan yang enak dan menyelerakan. Selain membuat sawi goreng telur, kita juga boleh membuat sawi batang putih goreng telur yang tidak kurang enaknya.

Leave a Comment

Recipe Rating