Ikan sardin dalam tin sering menjadi penyelesaian kepada mereka yang tidak mempunyai banyak masa untuk memasak. Kerana selain cara memasaknya yang cepat dan mudah, ikan sardin juga mempunyai rasa yang enak dan sesuai di lidah.
Ikan sardin dalam tin mengandungi beberapa ikan yang telah dimasak sebegitu rupa dengan tambahan rempah ratus yang sedap. Kita hanya perlu masak sekejap sahaja untuk membuatkan perut terasa kenyang. Anda juga boleh dengan mudah mendapatkan sardin dalam tin kerana makanan ini tersebar di gerai biasa hingga ke pasar raya.
Memasak ikan sardin dalam tin memang praktikal, dan anda juga boleh kreatif dalam membuat menu baru dari ikan sardin dalam tin seperti sardin tin masak kicap yang sedap dan menyelerakan. Berikut adalah resepi sardin tin masak kicap yang boleh anda cuba di rumah.

Sardin Tin Masak Kicap
Ingredients
- 1 tin sardin saiz besar
- 1 biji bawang besar dimayang
- 2 ulas bawang putih dihiris
- ½ inci halia dihiris
- 2 sudu besar cili kering blend
- 3 sudu besar kicap manis
- ½ cawan air
- ½ sudu kecil garam
- 1 sudu besar gula
Instructions
- Tumis bawang besar, bawang putih & halia hingga layu. Kemudian masukkan adunan cili kering. Kacau sehingga cili masak
- Masukkan sardin & sos sekali & kicap. Masukkan air & kacau hingga mendidih.
- Kacau sekejap hingga kuah agak kering & tutup api.
- Hidangkan bersama nasi hangat.
Sardin Tin Sihat
Jadi, adakah sardin dalam tin adalah pilihan yang sihat? Jawapannya ya. Tidak perlu risau, kerana sardin sebenarnya kaya dengan protein, asid lemak omega-3, dan mineral lain. Untuk membuatnya, ikan kecil ini dibersihkan, kemudian dimasak sama ada dengan cara dikukus atau digoreng.
Khasiat Minyak Ikan Sardin
- Meningkatkan Kolesterol Baik.
- Menurunkan Tekanan Darah Tinggi.
- Mengatasi Masalah Jantung.
- Menurunkan Tahap Trigliserida.
- Mengurangkan Risiko Mendapat Rheumatoid Arthritis (RA)
- Mengurangkan Simptom Lupus.
Ini resepi sardin tin masak kicap dengan bahan asas ikan sardin yang sedap. Cuba juga resepi lain seperti ikan sardin masak asam pedas dan sayur pucuk paku yang tidak kurang menyelerakan.