Nak buat stok lauk tahan lama? Ikuti resepi sambal bilis garing di bawah. Dalam resepi ikan bilis ni guna sos cili goreng. Anda boleh menjadikan menu sambal bilis garing sebagai stok pada bila-bila masa. Berminat untuk mencubanya? Ikuti resepi ikan bilis di bawah.

Sambal Bilis Garing
Ingredients
- 250 gram ikan bilis
- 100 gram kacang tanah
- 2 sudu besar air asam jawa
- secukup rasa garam
- secukup rasa gula
- secukup rasa minyak masak
Rempah Kisar
- 12 biji cili merah kerinting
- 8 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- ½ biji tomato
Instructions
- Goreng ikan bilis & kacang tanah hingga masak. (Goreng berasingan ya)
- Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan gula & garam. Masukkan air asam jawa. Kacau, uji rasa. Matikan api.
- Biarkan sambal berdiri sehingga wap hilang/suhu bilik. Bila cili dah sejuk masukkan ikan bilis dan kacang tanah. Kacau hingga sebati. Simpan dalam balang kedap udara.
Khasiat Ikan Bilis
Pelbagai Khasiat Ikan Bilis untuk Kesihatan:
- Menjaga kesihatan jantung. Kandungan asid lemak omega-3 dalam ikan bilis baik untuk menjaga kesihatan jantung.
- Menjaga kesihatan tulang.
- Mencegah penyakit Alzheimer.
- Menjaga kesihatan mata.
- Bantu turunkan berat badan.
Adakah ikan bilis sihat?
Ikan bilis mengandungi pelbagai jenis lemak baik, seperti asid lemak omega-3, yang baik untuk mengekalkan fungsi dan pertumbuhan otak. Beberapa kajian mengatakan bahawa diet sihat yang mengandungi ikan di dalamnya boleh mencegah kesan buruk penuaan pada otak, dan mengurangkan risiko kemurungan dan strok.
Adakah Ikan Bilis Mempunyai Banyak Kolesterol?
Ikan bilis juga mengandungi asid folik yang baik untuk penjanaan semula sel-sel badan yang baru. Kerana khasiatnya sangat pelbagai, maka adakah ikan bilis mengandungi kolesterol? Sayang sekali jawapannya ya.
Bagi penggemar pedas, hidangan tidak lengkap tanpa sos cili. Terdapat banyak cili ciptaan yang boleh kita cuba di rumah seperti sambal bilis garing dan sambal sardin cili api .