Rendang Daging

Resepi rendang daging ini boleh menjadi cadangan untuk membuat hidangan rendah yang lazat. Rendang juga menjadi menu wajib apabila tibanya hari raya. Memasak rendang juga memerlukan kesabaran untuk mendapatkan hasil yang maksimum.

Terdapat beberapa rempah wajib yang tidak boleh dilepaskan ketika membuat rendang. Rempah-rempah untuk rendang ini ialah bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas, cili merah, daun kunyit, daun limau purut dan rempah ratus.

Selain rempah ratus, santan juga menentukan kenikmatan resepi rendang daging Padang. Santan yang dimasak lama boleh menghasilkan minyak supaya rendang kering dan boleh disimpan lama.

Rendang Daging

Rendang Daging

Rendang daging merupakan menu istimewa untuk seisi keluarga.
No ratings yet
Prep Time 20 mins
Cook Time 1 hr
Course Main Course
Cuisine Melayu
Servings 6 Orang

Ingredients
  

  • 1 Kg daging lembu
  • 2 cawan santan cair
  • 1 mangkuk santan pekat
  • 2 cawan minyak masak
  • 1 keping asam keping
  • 3 sudu besar kerisik
  • 2 helai daun kunyit
  • 3 helai daun limau purut
  • secukupnya gula melaka
  • secukupnya garam

Bahan Kisar

  • 7 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup
  • 2 inci lengkuas
  • 3 batang serai
  • 15 tangkai cili kering direbus
  • secukupnya air

Bahan Sangai

  • 1 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 sudu kecil biji intan manis

Instructions
 

  • Pertama, masukan bahan kisar ke dalam blander. Lalu kisar halus.
  • Potong daging kepada ketulan sederhana.
  • Sangai (goreng tanpa minyak) biji ketumbar, biji jintan putih dan biji jintan manis sampai garing atau sehingga naik bau. Kemudian tumbuk sampai kisar halus.
  • Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar sehingga pecah minyak.
  • Masukan daging dan rempah kisar, kemudian kacau sikit.
  • Masukan santan cair, renehkan sehingga daging masak empuk.
  • Bila dah kering dan daging masak empuk, masukkan santan pekat.
  • Masukkan asam keping, kerisik dan hirisan daun kunyit masak sehingga kuah pekat.
  • Kemudian masukkan garam, daun limau purut yang telah dibuang tulang tengah dan gula melaka.
  • Sedia untuk dihidangkan.
Keyword Daging, Rendang
Tried this recipe?Let us know how it was!

Tips Masak Rendang Daging

  1. Kunyit segar akan menjadikan rendang lebih wangi dan lebih sedap.
  2. Untuk mengetahui arah urat yang bertentangan, lihat arah garisan urat dan potong ke arah yang bertentangan.
  3. Tambahkan sedikit minyak lagi semasa memasak kerana nak naikkan bau bahan dan masak garing, lebihan minyak boleh dibuang nanti.

Bahagian Daging lembu yang Sesuai untuk Dibuat Rendang

Bahagian belakang atau short loin adalah bahagian yang banyak menyimpan daging berkualiti terbaik kerana ia lembut. Short loin menutupi kawasan pendek di belakang rusuk hingga ke pinggang.

Berikut adalah Kandungan Nutrien Setiap 100 Gram Daging Lembu Segar dengan Lemak Sederhana.

  1. Air : 66.0 gr.
  2. Tenaga : 201 kal.
  3. Protein : 18.8 gr.
  4. Lemak : 14.0 gr.
  5. Abu : 1.2 gr.
  6. Kalsium : 11 mg.
  7. Fosforus : 170 mg.
  8. Zat besi : 2.8 mg.

Itulah resepi Rendang daging. Jangan lupa baca resepi Rendang Ayam.