Puding Jagung

Selain menjadi makanan ruji, jagung yang kaya dengan karbohidrat boleh diproses menjadi pelbagai makanan ringan. Contohnya pencuci mulut yang tidak kurang enaknya berbanding yang lain.

Bagi penggemar snek manis, jagung boleh dijadikan puding. Puding jagung mempunyai tekstur yang lembut, sedikit kenyal, dan cair di dalam mulut.

Anda boleh menghidangkan makanan ringan ini untuk diri sendiri, keluarga anda atau mungkin bidang perniagaan baharu. Sebabnya, selain sedap, puding jagung juga bagus untuk kesihatan terutamanya penghadaman tau.

Puding Jagung

Puding Jagung

Puding ini sering disediakan oleh ibu untuk kami sekeluarga. Di sini saya kongsikan resepinya.
No ratings yet
Prep Time 5 mins
Cook Time 15 mins
Course Dessert
Cuisine Melayu
Servings 5 Orang

Ingredients
  

  • 250 gram tepung custard
  • ¾ cawan gula pasir
  • cawan susu cair
  • 3 cawan air
  • 1 tin jagung manis
  • 1 helai daun pandan
  • secukupnya garam

Instructions
 

  • Masukkan semua bahan dalam kuali. Kacau rata.
  • Hidupkan api sedang. Kacau sehingga pekat.
  • Apabila sudah pekat, tutupkan api.
  • Tuang ke dalam bekas yang sesuai. Kemudian biarkan sejuk 2 hingga 3 jam.
  • Boleh di simpan dalam peti sejuk bagi yang suka makan sejuk. Boleh juga dihidangkan bersama koktail buah buahan.
Keyword Jagung, Puding
Tried this recipe?Let us know how it was!

Faedah Puding Jagung

  1. Penghadaman yang lancar.
    Makan makanan yang lembut sudah tentu membantu penghadaman, tetapi sentiasa perhatikan jenis makanan yang anda ambil, sama ada ia mengandungi nutrien untuk tubuh atau tidak. Untuk puding seperti puding jeli itu sendiri, mengapa ia dianggap sesuai, kerana ia sangat kaya dengan serat yang membantu usus untuk membersihkan dan menyihatkannya.
  2. Membantu Mengatasi Sembelit.
    Jagung adalah sumber serat yang sangat baik yang boleh membantu masalah penghadaman seperti sembelit atau masalah penghadaman yang lain.
  3. Membantu Mencegah Anemia.
    Jagung adalah sumber vitamin B12 yang sangat baik dalam membantu pembentukan sel darah yang boleh membantu mencegah anemia.
  4. Melancarkan Peredaran Darah.
    Sering makan makanan berlemak, membuatkan anda risau tentang kolesterol jahat, bukan? Ramai yang tidak tahu makan puding jeli boleh mengekalkan paras kolestrol dalam badan. Anda boleh mengambilnya dengan kerap supaya peredaran darah anda kekal lancar, jauh dari kolesterol dan badan terus berfungsi dengan baik dan optimum.

Anda boleh juga buat puding roti milo dan agar agar jagung yang sedap.

Leave a Comment

Recipe Rating