Sesiapa yang kreatif pasti terfikir pelbagai idea masakan yang boleh dibuat dengan kulit popia. Salah satunya ialah popia nestum.
Popia nestum adalah resipi yang sangat mudah dan jika boleh, ia boleh dihabiskan dalam satu hari. Kali ini kami nak kongsikan resepi popia nestum ringkas untuk anda.

Popia Nestum
Ingredients
- 2 pek kulit popia
- 350 gram nestum
- 250 gram tepung susu
- 1 sudu besar gula halus
Instructions
- Gulungkan kulit popia ke dalam bentuk gulung kecil dan potong dengan gunting.
- Kemudian goreng sehingga kekuningan, sejuk dan biarkan minyak
- Kisar nestum kering/bijirin segera dan campurkan dengan susu dan gula halus
- Kemudian, gaul rata popia yang telah digoreng tadi. Gunakan mangkuk besar untuk mencampurkannya dengan mudah dan sekata.
Membuat Kulit Popia
Kulit popia sebenarnya diperbuat daripada bahan-bahan yang mudah. Resipi asal hanya terdiri daripada satu kilogram tepung, satu liter air, satu sudu teh garam, dan dua sudu besar tepung ubi kayu. Semua bahan digaul sehingga menjadi doh berketul.
Selepas bahan sebati, doh diuli dan lenturkan doh sehingga menjadi kenyal. Cabarannya ialah doh ini agak basah, tetapi ia perlu digarap sedemikian rupa sehingga ia akan membentuk bola dan melekat pada tangan anda.
Cara Melembutkan Kulit Popia Kering
- Dalam kuali atau pengukus, alaskan lubang di dalam dulang pengukus dengan kain lembap yang bersih.
- Letakkan kulit popia dan tutup dengan kain bersih dan lembap yang lain.
- Pastikan air tidak terlalu banyak atau terlalu dekat dengan dulang pengukus, jika tidak apabila air mendidih, kulit popia akan basah. Kukus selama 10-15 minit.
- Buka penutup pengukus dan pastikan ia betul-betul lembut, jika tidak dikukus sebentar
Itulah resepi popia nestum yang boleh anda cuba sendiri di rumah. Selain menu ini, anda juga boleh mencuba resepi lain seperti kek moist coklat dan brownies kedut .