Pizza Simple

Pizza merupakan salah satu makanan kegemaran hampir semua orang di dunia, termasuk masyarakat Malaysia. Restoran makanan segera kini telah menyediakan banyak menu piza dengan pelbagai perisa yang menyelerakan.

Anda mungkin salah seorang daripada ramai orang yang sangat tergila-gila dengan makanan yang diperbuat daripada roti ini.

Tidak hairanlah, roti yang diproses dengan penambahan sos tomato dan diisi dengan daging, sosej atau keju memang boleh menggegarkan lidah.

Pizza buatan sendiri sangat istimewa kerana ia mempunyai sentuhan kasih sayang daripada tukang masak itu sendiri. Sebaik anda membakar piza anda sendiri untuk anak-anak, ia akan menjadi hidangan istimewa untuk seisi keluarga anda.

Bagi anda yang suka sangat pizza, boleh buat sendiri di rumah.

Pizza Simple

Pizza Simple

Saya menggunakan bahan yang ada untuk menghasilkan pizza. Sebenarnya pizza sangat mudah dan kita boleh pelbagaikan rasa bergantung kepada apa yang ada.
No ratings yet
Prep Time 15 mins
Cook Time 15 mins
Course Appetizer
Cuisine American
Servings 5 Orang

Ingredients
  

  • 2 cawan tepung
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil yis
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil pelembut roti

Bahan Topping

  • secukupnya sos tomato
  • 3 biji sosej dipotong
  • 1 biji bawang holland dipotong
  • 1 buah tomato
  • secukupnya mozarella cheese
  • secukupnya oregano

Instructions
 

  • Sediakan kesemua bahan dan mulakan dengan doh pizza.
  • Saya menggunakan bread maker jadi semua bahan di masukkan ke dalam bread maker dan diuli menggunakan function doh. Jika anda menggunakan tangan masukkan air sedikit2 dahulu semasa proses mengguli. Apabila doh terjadi licin, rehatkan doh dengan ditutupi kain sehingga doh naik sekali ganda. Masa yg diambil biasa 30 minit.
  • Selepas 30 minit tumbuk doh untuk mengeluarkan angin. Adunan ni membolehkan kita mendapat 2 doh pizza yg bersaiz 8 atau 6 inci loyang. Jadi bahagi 2.
  • Canaikan bulat mengikut saiz loyang dan cucuk menggunkan garpu seperti didalam gambar. Kemudian boleh la di bakar sekejap doh dalam masa 8 ke 10 minit menggunakan suhu 170°C. kepanasan atas dan bawah.
  • Doh yang telah dibakar boleh di simpan sebagai stock. Atau jika anda ingin terus menikmatinya. Teruskan sapu sos tomato atau apa2 sos yg ada diatas permukaan pizza dan tabur bahan2 topping ikut kesesuaian rasa. Kemudian boleh la di bakar menggunakan kepanasan atas sahaja selama 7 ke 10 minit suhu 180°C mengikut oven memasing.
Keyword Pizza, Simple
Tried this recipe?Let us know how it was!

Faedah Keju untuk Badan

Keju ialah produk tenusu yang diproses. Oleh itu, salah satu kebaikan keju adalah untuk mengekalkan kekuatan dan kesihatan tulang. Kandungan kalsium dalam keju adalah pengambilan yang baik untuk tulang.  Selain itu, keju juga mengandungi protein, zink, vitamin A, vitamin D, dan vitamin K, yang baik untuk menjaga kesihatan tulang. Dengan pengambilan nutrien ini yang mencukupi, kemungkinan besar anda akan mengelakkan masalah dengan tulang, seperti osteoporosis.

Keju Dapat Menegangkan Kulit

Keju boleh membantu menjadikan kulit lebih tegang. Keju mengandungi vitamin B yang membantu metabolisme sel dan pertumbuhan sel supaya dapat mencegah kerosakan sel.

Kebaikan Makan Keju Sebelum Tidur

Keju mengandungi protein kasein, yang membantu otot dan otak berehat, sekali gus menyediakan kita untuk tidur malam yang lebih nyenyak. Jadi keju adalah antara makanan ringan yang paling selamat untuk dimakan sebelum tidur.

Itulah resepi Pizza simple yang boleh anda amalkan sendiri di rumah. Anda juga boleh mencuba resipi lain seperti spaghetti goreng aglio olio , hot dog goreng, dan victoria cake.

Selamat mencuba.

Leave a Comment

Recipe Rating