Pelbagai resepi orange butter cake di bawah boleh menjadi hidangan alternatif di pelbagai majlis sekiranya anda bosan dengan jenis kek yang sama.
Ya, kek keju atau kek coklat, sudah tentu anda sering temui. Namun, orange butter cake merupakan satu lagi hidangan unik yang boleh anda pilih sebagai menu tambahan.
Untuk membuat resepi orange butter cake, bahan utama yang diperlukan tidak jauh berbeza dengan bahan-bahan untuk membuat kek secara umumnya.
Anda hanya perlu menambah perisa oren yang boleh datang daripada buah sitrus sebenar, kulit oren atau sirap berperisa oren. Dijamin kek ini akan membuatkan sesiapa yang mencubanya ketagih.

Orange Butter Cake
Ingredients
- 1 biji oren parut kulit dan perah airnya, ketepikan
- 1 sudu besar parutan kulit oren
- 80 ml perasan oren
- 130 gram butter
- 3 biji telur
- 130 gram tepung rendah protein
- 100 gram gula pasir halus
- 1 sudu kecil ekstrak vanila
- 1 sudu kecil serbuk penaik
- ΒΌ sudu kecil garam
Instructions
- Panaskan ketuhar hingga 180 darjah dan sediakan semua bahan termasuk loyang (saya letak baking paper). Bahan hendaklah pada suhu bilik.
- Gaul gula dan mentega hingga pucat dan kembang (saya ambil masa lebih kurang 6 minit) kemudian masukkan vanila cair dan telur satu persatu, gaul hingga sebati.
- Selepas itu, kecilkan kelajuan mixer dan masukkan secara berselang-seli tepung (yang telah diayak bersama serbuk penaik dan garam) dan jus oren. Matikan mixer dan gaul lagi dengan spatula mengikut keperluan, jangan berlebihan nanti jadi berketul.
- Tuangkan ke dalam loyang dan taburkan Sukade ke atas adunan. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 darjah selama 35 minit atau sehingga masak (mengikut setiap ketuhar).
Penggunaan Butter pada Cake
Peranan yang paling jelas dimainkan oleh butter dalam kek adalah sebagai agen perasa. Kek tidak akan terasa enak tanpa butter atau mentega.
Walaupun butter tanpa garam digunakan, ia memberikan rasa yang tersendiri pada kek.
Perbezaan Butter dan Marjerin
Butter dan marjerin adalah dua perkara yang berbeza. Butter diperbuat daripada produk tenusu yang diproses menjadi krim.
Manakala marjerin ialah produk bukan tenusu yang dibuat sebagai pengganti butter. Butter dan marjerin juga mempunyai lemak yang berbeza, serta kesannya terhadap kesihatan.
Kandungan Nutrisi Butter
- 102 kalori.
- 11.5 gram lemak.
- 7.17 gram lemak tepu.
- 30.5 miligram kolesterol.
- 0 gram karbohidrat.
- 0 gram gula.
Itulah resepi orange butter cake. Selain itu kita juga boleh membuat kek lain seperti kek oren, cupcake coklat, victoria cake, dan burnt cheesecake.