Nasi Tomato

Tomato adalah salah satu sayuran yang paling banyak digunakan. Tomato biasanya digunakan sebagai bahan mentah untuk campuran makanan.

Tomato sendiri mempunyai rasa yang cenderung sedikit masam tetapi juga sedikit manis.

Salah satu makanan lazat yang diperbuat daripada tomato ialah nasi tomato. Nasi ini mempunyai rasa tomato yang tersendiri yang cukup lazat.

Penasaran, alat dan bahan berikut perlu disediakan untuk membuat nasi tomato.

resepi nasi tomato

Nasi Tomato

Bila sebut nasi tomato ni, mesti terbayang sekali lauk ayam masak merah dan acar nenas. Memang gabungan yang lengkap bila buat nasi tomato.
No ratings yet
Prep Time 10 mins
Cook Time 30 mins
Course Main Course
Cuisine Melayu
Servings 5 people

Ingredients
  

Bahan Kisar

  • 2 biji bawang merah
  • ½ biji bawang holand
  • 1 inci halia

Bahan Tumis

  • ½ biji bawang besar dihiris
  • 4 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 4 biji pelaga
  • 4 biji bunga lawang

Bahan Sampingan

  • 100 gram tomato puree
  • 1 cawan susu cair
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 1 sudu kecil perasa
  • ½ kilogram beras basmathi rendam 30 minit
  • ½ liter air biasa
  • 1 helai daun pandan

Instructions
 

  • Cairkan minyak sapi bersama minyak masak.kemudian tumiskan bawang,kulit kayu manis,pelaga dan bunga lawang sampai layu.
  • Lepas layu, masukkan bahan kisar, dan tumiskan sampai naik bau. Kemudian masukkan tomato puree, kacau sehingga sedikit mendidih. Kemudian masukkan lagi susu cair.
  • Secukup perasa, garam dan daun pandan, kacau lagi sehingga sedikit mendidih, kemudian masukkan beras yang dah di basuh bersih.
  • Kacau sebati. Boleh tutup api dan pindahkan ke dalam rice cooker, masukkan air, dan masak macam biasa.
Keyword nasi tomato
Tried this recipe?Let us know how it was!

Faedah Tomato

Selain buah sitrus, ternyata tomato adalah antara buah terbaik sebagai sumber vitamin C dan antioksidan.

Kandungan nutrisi yang banyak dalam tomato memberikan manfaat dalam melawan pembentukan radikal bebas penyebab kanser.

Kandungan Nutrisi Tomato

Tomato dikenali sebagai buah-buahan yang rendah kalori dan lemak serta kaya dengan vitamin dan mineral, seperti vitamin A, vitamin C, folat, dan kalium.

Buah ini juga mengandungi pelbagai antioksidan, seperti likopena, lutein, dan zeaxanthin.

Pelbagai Resepi Nasi yang Menyelerakan

Selain menu nasi tomato, terdapat juga beberapa pilihan menu lain dengan bahan asas nasi, seperti:

  1. Nasi Ayam Simple
  2. Nasi Goreng Spesial
  3. Nasi Goreng Sedap
  4. Nasi Ayam Hainan
  5. Nasi Ayam Jepun Tori Soboro
  6. Nasi Tomato Ayam Masak Merah

Demikian resepi nasi tomato yang boleh anda cuba sendiri di rumah. Semoga berjaya.

Leave a Comment

Recipe Rating