Nasi goreng ayam black pepper sangat sesuai untuk anda penggemar rasa pedas. Rasa pedas dijamin memuaskan hati anda.
Bukan itu sahaja, kesedapan dan kelazatan nasi goreng ayam black pepperakan menjejas lidah anda setiap masa.

Nasi Goreng Ayam Black Pepper
Ingredients
- 2 ketul ayam
- 2 pinggan nasi
- 1 pek sos black pepper
- 2 sudu besar sos tiram
- ½ biji bawang besar
- 1 biji cili merah
- secukup rasa garam
Instructions
- Potong ayam menjadi dadu kecil.
- Hiris nipis bawang besar.
- Masak sedikit minyak masak. Kemudian tumis ayam bersama bawang besar.
- Masukkan sos tiram dan sos black pepper. Masukkan secubit garam.
- Setelah ayam agak masak, masukkan nasi dan cili merah.
- Kacau perlahan sehingga masak.
- Nasi goreng ayam black pepper sedia untuk dimakan.
Apakah Rasa Sos Black Pepper?
Sos black pepper merupakan salah satu pilihan rempah ratus yang cukup digemari ramai orang. Rasa pedas yang dihasilkannya sangat sesuai untuk pelbagai menu masakan.
Apakah Kesan Sampingan Black Pepper?
Salah satu kesan negatif pengambilan terlalu banyak lada hitam ialah ia menyebabkan masalah penghadaman seperti ketidakselesaan perut, pedih ulu hati, dan cirit-birit. Mengambil terlalu banyak lada hitam juga boleh menyebabkan kerengsaan di tekak dan masalah pernafasan lain.
Nasi goreng adalah salah satu menu rumah yang sangat mudah dibuat dan juga rasanya yang enak. Bukan sahaja nasi goreng ayam black pepper yang boleh kita masak di rumah, anda juga boleh mencuba menu nasi goreng lain seperti nasi goreng daging black pepper dan nasi goreng ayam thai yang tidak kurang enaknya.