Kali ini kami akan kongsikan resipi nasi ayam thai yang sedap dan menyelerakan. Ia hampir sama dengan nasi ayam biasa atau nasi ayam hainan. Perbezaannya adalah pada sos dan juga penggunaan daun ketumbar untuk keseluruhannya.

Nasi Ayam Thai
Ingredients
- 500 gram ayam
- 2 cawan beras
- 3 batang daun ketumbar
- 3 hiris halia
- 4 helai daun salam
- 4 biji cili padi
- 2 batang serai
- ½ sudu kecil garam
- secukup rasa perasa ayam
- secukup rasa air
Instructions
- Rebus ayam sehingga separuh masak dengan sedikit air kerana air rebusan akan digunakan untuk memasak nasi.
- Basuh beras dan masukkan ke dalam periuk nasi dan masukkan semua bahan kemudian masukkan ayam dan air masak (sama seperti memasak nasi)
Perbezaan Antara Daun Ketumbar dan Daun Saderi
Walaupun pada pandangan pertama daun ketumbar sangat mirip dengan saderi, tetapi ketumbar mempunyai warna yang lebih terang daripada daun saderi dan pasli. Sementara itu, dari segi rasa dan aroma, daun ketumbar cenderung berasa kuat jika dibandingkan dengan daun pasli atau saderi.
Khasiat Air Masak Ketumbar Untuk Kesihatan
Mengatasi gangguan pencernaan. Dengan kerap mengambil air ketumbar anda boleh mengelakkan sindrom irritable bowel. Selain itu, ketumbar juga dapat mengatasi masalah penghadaman yang lain seperti cirit-birit, perut kembung, sembelit, dan cacing usus.
Kesan Sampingan Minum Air Ketumbar
- Tindak balas alahan. Sesetengah orang mungkin alah kepada ketumbar, dan mengambil herba boleh menyebabkan gejala seperti gatal-gatal, bengkak muka, bengkak tekak, cirit-birit yang teruk, sakit perut, dan kulit menjadi gelap.
- Sakit perut.
- Gejala seperti selesema.
- Berdarah.
- Rasa tak sedap.
Pelbagai Pilihan Nasi Ayam
Selain boleh dibuat nasi ayam thai, ada juga nasi ayam lain yang boleh anda cuba suka:
- Nasi Ayam Rempah
- Nasi Ayam Balado
- Nasi Ayam Buttermilk
- Nasi Ayam Kukus
- Nasi Ayam Paprik
- Nasi Ayam Penyet
- Nasi Ayam Kunyit
- Nasi Ayam Sambal
- Nasi Ayam Black Pepper
- Nasi Ayam Steam
- Nasi Ayam Bawang
- Nasi Ayam Salad
- Nasi Ayam Bijan
Itulah resepi nasi ayam thai yang boleh anda amalkan sendiri di rumah.
Selamat mencuba.