Jika anda sedang mencari resepi nasi ayam buttermilk terbaik? Betul, Kami ada resepi nasi ayam buttermilk yang sedap untuk anda di sini. Kita juga mempunyai pelbagai jenis resipi untuk dicuba. Berikut resepi nasi ayam buttermilk.

Nasi Ayam Buttermilk
Ingredients
- 300 gram ayam
- 2 cawan beras basmati
- 500 ml air
- 80 ml susu UHT
- 1 potong lemon
- 1 biji lobak merah potong batang mancis
- 1 biji tomato potong
Bahan Rempah
- 2 helai daun salam
- ¼ biji bawang besar dicincang
- 4 ulas bawang putih dicincang
- 5 biji buah pelaga
- 5 biji cengkih
- ½ sudu kecil serbuk ketumbar
- ½ sudu kecil serbuk lada
- ½ sudu kecil serbuk buah pala
- ½ sudu kecil serbuk jintan manis
- ½ sudu kecil serbuk kunyit
- ½ sudu kecil serbuk kayu manis
- secukup rasa minyak masak
- secukup rasa garam
- ½ sudu kecil serbuk stok ayam
Instructions
- Basuh beras kemudian toskan, potong sayur dan sediakan ayam.
- Masukkan sedikit minyak dan perasa dalam kuali kecuali garam dan serbuk pati ayam. Goreng dengan tambahan sedikit air dan api kecil sahaja supaya tidak terlalu kering dan melekat pada kuali. Masukkan ayam, 100 ml air dan balik-balikkan sehingga ayam empuk dan bertukar warna.
- Buat buttermilk daripada susu ditambah jus lemon, kacau dan biarkan ia pekat. Masukkan beras, lobak merah, tomato, daun salam dan buttermilk, gaul rata. Matikan api.
- Pindahkan ke dalam periuk nasi, masukkan baki 400 ml air atau mengikut keperluan. Masukkan garam dan serbuk pati ayam. Masak sehingga masak. Boleh dihidangkan bersama hirisan timun dan taburan bawang goreng.
Untuk Apa Buttermilk Digunakan?
Kalau peminat baking, buttermilk mesti familiar kan. Buttermilk adalah bahan pekat yang umumnya diperbuat daripada susu lembu (dairy) dan biasanya digunakan untuk melembutkan doh tanpa menambah lemak yang banyak.
Bahan pembakar ini sering digunakan untuk penkek, span, muffin, dan pelbagai kek.
Buttermilk diperbuat daripada apa?
Sebenarnya buttermilk boleh dibuat dengan dua bahan asas iaitu susu dan jus limau nipis. Anda juga boleh menggantikannya dengan lemon atau cuka putih yang anda ada di rumah.
Pelbagai Pilihan Nasi Ayam
Selain boleh dibuat nasi ayam buttermilk, ada juga nasi ayam lain yang boleh anda cuba suka:
- Nasi Ayam Rempah
- Nasi Ayam Balado
- Nasi Ayam Thai
- Nasi Ayam Kukus
- Nasi Ayam Paprik
- Nasi Ayam Penyet
- Nasi Ayam Kunyit
- Nasi Ayam Sambal
- Nasi Ayam Black Pepper
- Nasi Ayam Steam
- Nasi Ayam Bawang
- Nasi Ayam Salad
- Nasi Ayam Bijan
Itulah resepi nasi ayam buttermilk yang boleh anda amalkan sendiri di rumah.
Selamat mencuba.