Resepi Muffin Pandan ni nampak susah nak buat, padahal nak buat tak sesusah yang kita bayangkan.
Rasanya yang manis dan aroma pandan yang enak, serta teksturnya yang lembut menjadikan Resepi Muffin Pandan ini sebagai menu sarapan kegemaran.
Jom, pilih Resepi Muffin Pandan yang sedap ini untuk menu sarapan esok.

Muffin Pandan
Ingredients
Bahan Kering
- 150 gram tepung serbaguna
- 100 gram gula
- ½ sudu kecil serbuk penaik
- ½ sudu kecil soda penaik
- secukupnya keju parut untuk topping
Bahan Basah
- 50 gram mentega cairkan
- 50 ml minyak sayur
- 125 ml santan
- 1 biji telur
- 1 sudu kecil pes pandan
- 1 sudu kecil esen vanila
Instructions
- Campurkan semua bahan basah, kacau dengan whisk.
- Dalam mangkuk lain, satukan semua bahan kering, gaul rata. Buat lubang di tengah.
- Tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering, kemudian kacau sekejap dengan whisk (ingat, kacau sekejap saja. 10 saat pun dah cukup. Kalau masih berketul, biarkan sahaja). Masukkan ke dalam cawan muffin, ketinggian 3/4 cawan sahaja.
- Beri topping mengikut citarasa, segera bakar dalam oven selama 25-30 minit. Saya menggunakan periuk serbaguna selama 25 minit dengan api sederhana.
- Nota: apabila mencairkan mentega, jangan biarkan ia mendidih. cair sahaja. Apabila mencampurkan bahan basah dan bahan kering, sekejap sahaja supaya muffin tidak berketul, kemudian segera bakar. Sesuaikan masa nak panaskan oven. Yang penting muffin masuk oven dah panas.
- Sedia dihidangkan.
Khasiat Daun Pandan
Daun pandan mempunyai kesan antimitotik, apoptosis, dan sitotoksik yang diperlukan oleh tubuh. Sesetengah bahan ini boleh berfungsi dengan berkesan dalam membantu pertumbuhan sel kanser.
Selain itu, pengambilan ekstrak daun pandan secara berkala juga mampu mencegah penyakit kronik lain seperti kencing manis.
Khasiat Daun Pandan Untuk Kesihatan Wanita
Berikut adalah khasiat daun pandan untuk wanita:
- Menyelesaikan masalah rambut.
- Melegakan loya pada ibu hamil.
- Menambah selera makan ibu hamil.
- Sebagai scrub kecantikan.
- Mengatasi masalah di kawasan wanita dan sakit senggugut.
- Menyahtoksin badan.
Kesan Sampingan Minum Daun Pandan
Daun pandan rupa-rupanya ada kesan pencahar yang ringan. Oleh itu, jika anda makan terlalu banyak, ia boleh mengakibatkan cirit-birit nanti.
Selain itu, juga perlu berhati-hati dengan pasta yang diproses daripada daun pandan. Sebabnya, kebanyakan pes pandan mengandungi banyak gula.
Pelbagai Pilihan Kek Muffin
Selain boleh dibuat muffin pandan, ada juga muffin lain yang boleh anda cuba suka:
Itulah resepi muffin pandan yang boleh anda amalkan sendiri di rumah.
Selamat mencuba.