Mee Kuey Teow Goreng Pedas

Kwetiau atau Mee Tiaw (Mee kuey teow) ialah mee putih Cina yang diperbuat daripada tepung beras.

Mee tiaw yang paling kerap dan paling popular diproses dengan cara digoreng, terutamanya dengan rempah pedas yang menambah keseronokan apabila memakannya.

Berikut adalah resepi Mee kuey teow goreng pedas dan cara membuatnya.

mee kuey teow goreng pedas

Mee Kuey Teow Goreng Pedas

No ratings yet
Prep Time 10 mins
Cook Time 30 mins
Course Main Course
Cuisine Chinese
Servings 2

Ingredients
  

Bahan-bahan

  • 1 Pek Mee tiaw (Boleh guna mana-mana jenama)
  • 1 Biji Lobak merah Dipotong dadu kecil
  • 2 Biji Bebola ikan
  • 1 Ulas Bawang besar (Bombay) Saiz kecil
  • 1 Biji Telur
  • 10 Biji Lada cayenne (Kalau suka pedas boleh tambah lagi)
  • 1 Sudu besar Kicap manis
  • ½ Sudu kecil Sos cili
  • ½ Sudu kecil Sos tomato
  • 2 Helai Daun bawang
  • Secukupnya Lada Secukup rasa
  • Secukupnya Garam Secukup rasa

Bahan-bahan Rempah untuk Dikisar

  • 2 Biji Cili merah kerinting
  • 4 Ulas Bawang merah
  • 1 Ulas Bawah putih

Instructions
 

Langkah-langkah

  • Hiris bawang besar (Bombay), daun bawang dan lada cayenne.
  • Haluskan rempah kisar dan beri sedikit garam.
  • Rebus mee tiaw hingga empuk dalam air mendidih, kemudian toskan.
  • Panaskan minyak, tumis bawang besar (Bombay) hingga kekuningan.
  • Masukkan rempah kisar, lobak merah dan bebola daging, tunggu sehingga masak baunya.
  • Masukkan telur, tumis hingga masak.
  • Masukkan mee yang telah direbus, kacau hingga sekata, masukkan hirisan lada cayenne.
  • Masukkan kicap, sos cili, sos tomato dan garam, pembetulan rasa.
  • Mee sedia untuk dihidangkan.
Keyword Kuey teow goreng, Mee, Pedas
Tried this recipe?Let us know how it was!

Perihal Mee Kuey Teow Goreng Pedas

Beberapa perkara yang berkaitan dengan resepi Mee kuey teow goreng pedas.

Definisi Kwetiau

Hormdok dan Noomhorm (2007) menyatakan kwetiau merupakan sejenis mi berasaskan beras dan Hasan (2013) melengkapi bahawa kwetiau mempunyai bentuk seperti mi yang warnanya putih jernih dengan bentuk yang rata dan lebar serta diperbuat daripada tepung beras, jadi. ia boleh digunakan sebagai pengganti nasi.

Kebaikan Makan Kwetiau

Khasiatnya adalah sebagai antioksidan, antikanser, meningkatkan kalori, merawat dehidrasi dan melancarkan pembuangan air besar.

Adakah Kwetiau Basah Perlu Direbus Dahulu?

Kalau nak jadikan kwetiau jadi masakan berkuah, kena rebus dulu. Tetapi jangan rebus terlalu lama supaya kwetiau tidak basah dan hancur. Biarkan kwetiau di dalam air mendidih selama dua hingga tiga minit sahaja. Sebab, kwetiau tu akan tenggelam balik dalam sos.

Itulah resepi Mee kuey teow goreng pedas. Jangan lupa baca resipi Nasi kerabu.

Categories Mee