Mee kari kerang memang sinonim dengan sesetengah keluarga Melayu.
Setiap kali musim perayaan, mee kari kerang mesti menjadi salah satu hidangan wajib yang perlu disediakan.
Apabila tibanya hari raya, pastinya mee kari menjadi sebutan tetamu setiap kali ingin mengadakan rumah terbuka atau sekadar menjamu selera untuk menjamu rakan-rakan.

Mee Kari Kerang
Ingredients
Bahan Kuah Kari
- 500 gram isi kerang
- 1 sudu besar udang kerang
- ½ ekor ayam dipotong kecil
- 5 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 1 pek serbuk kari saiz kecil
- 1 sudu besar cili dikisar
- 1 kotak santan saiz kecil
- 2 kotak air saiz kecil
- 1 keping asam keping
- secukupnya gula
- secukupnya garam
Bahan Sampingan
- 2 pek mee kuning dicelur
- 3 biji telur direbus
- 5 ketul tauhu kering
- 1 mangkuk cil jeruk optional
- 2 tangkai daun bawang
- 1 mangkuk taugeh
Instructions
- Tumbuk bwang putih, halia, dan udang kering.
- Masukkan bawang merah. Kemudian tumbuk kasar. Bancuh serbuk kari dan cili kisar menjadi pes.
- Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan pes kari dan masak sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan ayam. Kacau hingga ayam hampir masak.
- Masukkan santan dan air secukupnya untuk menutup isi ayam. Masak sehingga ayam betul-betul masak. Masukkan kerang. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Tutup api.
- Sediakan bahan lain, masukkan sedikit mee ke dalam mangkuk, susun tauhu kering, taugeh, telur rebus dan daun bawang. Tuangkan kuah ke dalamnya bersama ayam. Boleh dimakan bersama cili jeruk.
Jenis Kerang Paling Enak
Kerang dara dikatakan mempunyai rasa yang sesuai untuk dibuat dengan pelbagai olahan.
Padahal baru rebus tiram tu dah sedap loh!
Selain rasanya yang lazat, cengkerang tiram juga tinggi dengan protein, lemak, dan glikogen yang baik untuk tubuh.
Jenis Kerang Berbahaya
Menurut Nytimes, kerang darah berada dalam senarai 17 makanan paling berbahaya.
Kerana cangkang yang satu ini mengandungi virus dan bakteria, seperti hepatitis A, kepialu yang menyebabkan tipus, dan disentri yang menyebabkan cirit-birit berdarah.
Faedah Makan Kerang
Ternyata kerang laut bagus untuk dimakan dan mempunyai banyak manfaat kesihatan.
Menurut hasil penyelidikan, kerang adalah sumber nutrien yang kaya di dalamnya.
Beberapa kandungan nutrisi yang terdapat pada kerang antara lain: protein, lemak, asam lemak omega, zat besi, vitamin A, vitamin B12, hingga vitamin C.
Pelbagai Pilihan Masak Mee
Selain boleh dibuat mee kari kerang, mee juga boleh dimasak dalam pelbagai variasi seperti:
Itulah resepi mee kari kerang yang boleh anda amalkan sendiri di rumah.
Selamat mencuba.