Resepi mee jawa yang mudah disediakan dan sangat sedap.
Bahan dan cara membuat mee jawa hampir serupa dengan mee rebus cuma bahan-bahan untuk mee jawa lebih ringkas.
Kami menggunakan keledek oren sebagai pekat untuk kuah. Rasa manis keledek dan daging adalah kunci kepada rasa mee jawa ini.

Mee Jawa
Ingredients
- 1 paket mee kuning
- 1 paket perencah kari ayam
- 1 biji buah keledek oren
- 200 gram udang kering
- 3 sudu kecil serbuk kari
- 1 tangkai daun kari
- 1 batang serai
- secukupnya tepung jagung
Instructions
- Keledek oren di kupas kulitnya, rebus sampai empuk. Setengah di blender halus dengan udang kering, setengah lagi di lenyek saja.
- Panaskan minyak, kemudian tumis udang kering, daun kari, serai, perencah kari ayam, serbuk kari termasuk ubi keledek dan udang yg di blender tadi.
- Masukan ubi keledek yg telah di lenyek dan tambah air. Setelah mendidih masukan tepung jagung.
- Hidangkan dengan mee kuning yg telah di celur dgn air panas, hiaskan dgn ayam goreng, telur dan daun sup. Tuangkn kuah, siap di santap.
Bahan Mee Kuning
Mee kuning diperbuat daripada tepung protein dan untuk menambah warna kuning, tukang mee biasanya menambah sedikit pewarna makanan kuning atau ekstrak kunyit.
Perbezaan Mee Basah dan Mee Kering
Mee kering ialah mee mentah yang dikeringkan terus. Mee kering mempunyai kandungan lembapan lebih kurang 10 peratus.
Mee basah ialah mee mentah yang telah direbus dalam air mendidih sebelum dipasarkan, mi ini mempunyai kandungan air kira-kira 52 peratus. Mee basah tidak boleh disimpan terlalu lama. sebagai pembelajaran
Kandungan Lembapan dalam Mee Basah
Mee basah adalah mi mentah yang sebelum dipasarkan melalui proses pendidihan dalam air mendidih, dengan kandungan air sekitar 35% dan setelah direbus kandungan airnya meningkat menjadi 52%.
Kandungan air yang agak tinggi mengakibatkan jangka hayat yang singkat.
Pelbagai Pilihan Masak Mee
Selain boleh dibuat mee jawa, mee juga boleh dimasak dalam pelbagai variasi seperti:
Itulah resepi mee jawa yang boleh anda amalkan sendiri di rumah.
Selamat mencuba