Mee hailam sedap ialah mee yang mempunyai kuah yang banyak.
Mee hailam merupakan hidangan yang cukup popular di Malaysia.
Saya pernah merasai mee hailam di salah sebuah kedai makan, rasanya memang sedap lagipun penyediaannya adalah amat simple dan rasanya juga sedap.

Mee Hailam
Buat peminat masakan berasakan mee dan berkuah, juga kepada yang sukakan menu ringkas, cepat dan mudah disediakan.
Ingredients
Bahan Utama
- 1 bungkus mee kuning
- ½ cawan isi ayam dihiris
- 6 ekor udang
Bahan Sayur
- ½ cawan putik jagung potong kecil
- ½ cawan lobak merah dihiris kecil
- ½ cawan taugeh
- 4 biji tomato cherry
- 3 tangkai sawi pak choy potong
- 1 biji cili merah dihiris
Bahan Sos
- 2 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar kicap manis
- 1 sudu besar kicap pekat
- ½ kiub ayam
- 2 cawan air
- secukupnya garam
Bahan Tumis
- 1 sudu kecil bawang putih kisar
- 2 sudu besar bawang besar kisar
- 2 sudu besar cili kisar
Instructions
- Panaskan minyak, tumis bawang-bawang hingga naik bau.
- Masukkan cili kisar, tumis lagi hingga naik minyak.
- Masukkan ayam dan udang, tumis lagi.
- Masukkan ayam dan udang; tumis lagi. Biarkan mendidih seketika, ayam masak dan lembut.
- Masukkan pula kicap pekat, sos tomato, sos cili dan kicap manis. Gaul rata.
- Masukkan air yang lebih untuk mee yang berkuah.
- Masukkan mee kuning. Kacau rata sekali lagi. Kemudian masukkan semua sayur. Kacau sebati. Tutupkan api.
- Sedia dihidangkan.
Tried this recipe?Let us know how it was!
Ciri Ciri Utama Mee Hailam
Kuahnya mesti banyak, atau banjir kata orang. Warna kuahnya juga gelap dan sedikit pekat, serta meriah dengan isi ayam, seafood dan pelbagai jenis sayur-sayuran. sebagai pembelajaran.
Nak buat mee goreng simple? boleh cuba Mee Goreng Mamak Simple.