Bagaimana cara membuat resepi mee bandung yang ringkas dan cepat sesuai untuk dimasak pada bila-bila masa?
Mee bandung simple ada pelbagai jenis penyediaan. Antaranya mee bandung muar dengan olahan seperti mee rebus johor yang menggunakan keledek dan kacang.
Mee bandung sesuai dimakan pada waktu malam jika anda ingin menukar selera dari nasi kepada mee.
Di bawah ini cara-cara untuk menyediakan mee bandung yang ringkas dan cepat.

Mee Bandung Simple
Ingredients
- 1 pack mee kuning
- 100 gram isi ayam rebus dan carik
- 2 biji telur rebus
- ½ biji jus limau
- secukupnya bawang goreng
- 1 batang daun bawang
Bahan Kuah
- ½ biji bawang besar dikisar
- 3 ulas bawang putih dikisar
- 2 sudu besar udang kering dikisar
- 3 sudu besar cili kisar
- 2 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 biji tomato dihiris
- ½ kiub pati lembu
- 1 batang sawi
- secukupnya udang
- secukupnya air
- secukupnya garam
- secukupnya gula
Instructions
- Tumbuk bawang besar, bawang putih dan udang kering.
- Panaskan sikit minyak, tumis bahan tumbuk dan cili kisar sampai garing.
- Masukkan batang sawi, sos tiram, sos tomato, sos cili, air, kiub lembu, garam dan gula. Kacau sebati masak sampai sayur lembut.
- Masukkan udang dan daun sawi. Masak sampai daun layu dan matikan api.
- Hidang mee bandung bersama telur rebus, perahan limau, daun bawang dam taburan bawang goreng.
Penjelasan Mee Kuning
Diperbuat daripada tepung dan ditambah telur. Mee telur dihasilkan dalam dua jenis iaitu mee telur segar dan mee telur kering.
Mee telur segar biasanya digunakan untuk mee bebola daging atau mee ayam. Selain itu, mee kuning juga biasa dihidangkan mee kari ayam dan mee jawa.
Bilangan Kalori Mee Kuning
Mee kuning merupakan makanan yang diperbuat daripada mee yang biasa dimakan oleh masyarakat.
Mee kuning mengandungi 476 kilokalori tenaga, 0.1 gram protein, 71.3 gram karbohidrat, 21.1 gram lemak, 57 miligram kalsium, 36 miligram fosforus, dan 4.8 miligram zat besi.
Pelbagai Pilihan Masak Mee
Selain boleh dibuat mee bandung simple, mee juga boleh dimasak dalam pelbagai variasi seperti:
Itulah resepi mee bandung simple yang boleh anda amalkan sendiri di rumah.
Selamat mencuba.