Marble Kek

Marble kek ini dikatakan sebagai hidangan evergreen, sama ada di kampung atau di bandar.

Boleh dikatakan kek ini mempunyai ramai peminat tidak kira umur. Sedap dimakan sambil minum petang atau sarapan.

Resepi kek marble memang ada banyak variasi, disini kami kongsikan resepi kek marble untuk anda.

Marble Kek

Marble Kek

Berbagai corak yang cantik direka, menjadikannya sesuai dihidangkan dalam majlis-majlis sempena Hari Lahir, Hari Pertunangan dll. Sangat mudah diikuti dan hasil keknya memang sedap.
No ratings yet
Prep Time 30 mins
Cook Time 1 hr
Course Appetizer
Cuisine Melayu
Servings 10 Orang

Ingredients
  

  • 150 gran mentega
  • 180 gram gula kastor
  • 5 biji telur
  • 50 ml susu segar
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar ovalette
  • 220 gram tepung ayak
  • secukupnya pewarna

Instructions
 

  • Dalam mangkuk mixer; campurkan gula, telur, susu segar, esen vanila, ovalette, tepung. Mix /pukul sehingga ringan, gebu dan putih (10-15 minit).
  • Cairkan mentega sejukkan. 
  • Masukkan mentega cair ke dalam adunan. Guna kaedah kaup balik (perlahan2), sehingga semua bahan sebati. Bahagikan kepada 4 bahagian.
  • Warnakan merah jambu, hijau epal, kuning lemon dan warna asal.
  • Sediakan loyang saiz 9x9x2, griskan loyang, alas dengan baking paper.
  • Masukkan kedalam loyang adunan warna asal sebagai bes, ratakan. Kemudian masukkan setiap bahagian warna menepati citarasa. Akhir sekali letak 1 sudu secara rawak di atas. Bila semua adunan sudah habis, hentakkan loyang. Buat lorekan bahagian atas mengikut kreativiti dengan menggunakan copstik/lidi sate.
  • Preheat oven. Bila oven sudah panas masukkan loyang. Bakar pada suhu 140 darjah C selama 1 jam/hingga masak. Bila sudah masak, terbalikkan diatas ridai yang berpetak2 untuk dapatkan corak.
  • Buang baking paper. Biarkan selama 20-30 minit (sehingga nampak ada corak). Terbalikkan semula ke atas pinggan. Boleh hias dengan manik gula. 
Keyword Kek, Marble
Tried this recipe?Let us know how it was!

Tips:

  1. Ayak tepung dan serbuk penaik supaya kek tidak terlalu padat, penapis akan membuat rongga pada kek.
  2. Rehatkan dan sejukkan pes coklat sebelum dimasukkan ke dalam adunan, takut telur masak semasa digaul.
  3. Masukkan telur sedikit demi sedikit, jangan masuk dalam masa yang sama takut doh pecah jadi susah nak sebati.
  4. Gaul adunan dengan mixer pada kelajuan rendah, jangan terlalu laju.

Perbezaan Antara Marjerin dan Mentega

Mentega dan marjerin adalah dua perkara yang berbeza. Mentega diperbuat daripada produk susu sapi yang diproses menjadi krim. Manakala marjerin ialah produk bukan susu yang dibuat sebagai pengganti mentega. Marjerin diperbuat daripada minyak sayuran seperti minyak kanola, buah sawit, dan minyak yang mengandungi lemak tak tepu lain. Mentega juga mempunyai lemak yang berbeza juga.

Pelbagai resepi lain yang boleh anda cuba di rumah, Kek Brownies, Kek Sarang Semut, dan Roti Jala.

Selamat Mencuba.

Categories Kek

Leave a Comment

Recipe Rating