Setakat ini, anda mungkin biasa dengan salad buah-buahan dan salad sayuran. Tapi rupa-rupanya Mexico dan negara Barat lain ada menu salad yang pelbagai tau. Salad makaroni buah adalah salah satu daripadanya.
Salad makaroni buah ini selalunya digunakan sebagai ulam ketika makan burger. Rasanya sedap dengan tekstur berkrim.
Cara nak masak salad makaroni buah ni sangat mudah tau. Anda juga tidak memerlukan alat yang banyak dan gunakan sahaja bahan-bahan yang ada di dalam peti ais di rumah. Ayuh, bersedia untuk memasak!

Makaroni Buah
Ingredients
- 2 cawan makaroni direbus hingga lembut
- ½ tin susu segar
- 3 sudu besar susu pekat
- 5 sudu besar mayonis
- 5 keping keju cheddar parut
- 1 sudu besar kismis
- 1 cawan buah-buahan (anggur, strawberry,blueberry,rasberry) mix fruit tin pun boleh
Instructions
- Rebus makaroni dengan ditambah sedikit minyak dan garam,rebus sehingga lembut.
- Dalam mangkuk lain campurkan mayonise,susu segar dan susu pekat,gaul sekata.masukkan kismis dan semua buah-buahan campuran.Gaul semuanya.
- Masukkan makaroni dan gaul sebati..Taburkan cheese slice atau parutkan cheddar cheese. Gaul dan simpan dalam chiller.Sedap dimakan sejuk
Adakah Pasta dan Makaroni Sama?
Jadi, pada asasnya, makaroni dan pasta adalah sama. Orang Itali menggunakan kedua-dua perkataan untuk pelbagai jenis hidangan. Jika makanan dihidangkan dengan banyak sos atau kuah, mereka panggil makaroni. Sekiranya hidangan lebih tebal, maka hidangan itu dipanggil pasta.
Apakah Faedah dan Kandungan Anggur?
Selain daripada mengandungi vitamin C dan A, anggur juga boleh meningkatkan sistem imun melalui sifat antimikrob semulajadinya. Satu hidangan cawan menyediakan bekalan 71 gram air, yang penting untuk penghidratan dan aliran darah yang sihat, serta untuk membuang sisa badan. Anggur mengandungi beberapa antioksidan yang berbeza.
Apakah Kebaikan dan Kandungan Strawberi?
Strawberi merupakan salah satu jenis buah yang kaya dengan antioksidan. Kandungan ini mempunyai peranan penting dalam melindungi sel-sel badan daripada kesan pendedahan kepada radikal bebas, yang boleh mencetuskan pelbagai penyakit, seperti kanser dan penyakit degeneratif.
Apakah faedah dan kandungan Blueberry?
Blueberry berguna untuk membantu menurunkan kolesterol dalam darah supaya dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Ini kerana beri biru mengandungi banyak serat, vitamin, mineral, dan antioksidan yang boleh menghalang pengumpulan lemak dan kerosakan pada saluran darah jantung.