Seperti yang kita tahu, terdapat banyak bahan dari makanan laut yang mempunyai rasa dan aroma yang menyelerakan. Khasiat yang terkandung dalam makanan laut juga sangat baik untuk kesihatan asalkan ia diambil dalam bahagian yang betul.
Bercerita tentang makanan laut, kali ini kita ada resipi lala masak lemak cili api yang sedap dan membuatkan anda ketagih. Ingin tahu bagaimana resipinya? Semak perkara berikut.

Lala Masak Lemak Cili Api
Ingredients
- 500 gram lala
- 15 biji cili padi tumbuk
- 3 batang serai ketuk
- 1 inci kunyit
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 cawan santan
- 1 helai daun kunyit dicarit
- 1 keping asam keping
- 2 cawan air
- secukupnya garam
- secukupnya perisa
Instructions
- Rendam sebentar lala untuk membersihkan segala kotoran. Buang air. Cili padi dikisar halus/kisar kasar dan kunyit hidup bersama sedikit air. Panaskan kuali kemudian masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi dan masukkan air. Masukkan hirisan asam jawa dan sedikit serbuk kunyit.Masukkan serai dan masak hingga kuah mendidih.
- Selepas itu masukkan santan. Tunggu mendidih baru masukkan lala.
- Kemudian masukkan daun kunyit dan perasakan dengan garam dan perasa cendawan. Gaul sebati. Sedia untuk dihidangkan.
Khasiat Santan Untuk Badan Kita
Tingkatkan sistem imun. Selain itu, santan mengandungi bahan antimikrob dan asid kaprik yang mempunyai fungsi antibakteria, antikulat, dan antivirus.
Fungsi-fungsi ini membantu menguatkan sistem imun terhadap serangan pelbagai jangkitan bakteria dan jangkitan virus berbahaya.
Apakah Penyakit yang Tidak Boleh Makan Santan?
Melaporkan daripada Halodoc.com, santan adalah sejenis makanan yang perlu dielakkan oleh penghidap GERD atau ulser.
Ini kerana santan mempunyai kandungan lemak tepu yang tinggi. Satu cawan santan boleh mengandungi sehingga 40 gram lemak tepu. Manakala penghidap GERD pula dinasihatkan supaya mengelakkan makanan berlemak.
Kandungan Nutrisi Dalam Cili
- Air: 90.9 g.
- Tenaga: 36 kalori (Kal)
- Protein: 1 g.
- Lemak: 0.3 g.
- Karbohidrat: 7.3 g.
- Serat: 1.4 g.
- Kalsium: 29 miligram (mg)
- Fosforus: 24 mg.
Pelbagai Jenis Hidangan Lala
Selain lala masak lemak cili api, terdapat juga menu lala lain yang anda boleh buat di rumah seperti:
Selamat mencuba sendiri di rumah.