Resepi kuih kasturi kacang hijau ini sangat mudah. Boleh dijadikan snek petang atau biskut. Kali ini berkongsi resepi kuih kasturi kacang hijau, siapa peminat kuih kacang hijau atau yang dikenali sebagai kuih kasturi ini?
Kuih kasturi kacang hijau dibuat menggunakan kacang hijau yang direbus perlahan bersama gula dan dicampur dengan kelapa. Campuran bersalut tepung menjadikan kuih kasturi rangup di luar selepas digoreng.
Sesiapa yang menggemari kacang hijau pasti menggemari kuih kasturi. Kuih kasturi terbaik untuk dijadikan snek seisi keluarga malah dijual oleh ramai peminat.
Tanpa menunggu jom lihat resepi kuih kasturi yang dikongsikan.

Kuih Kasturi Kacang Hijau
Ingredients
Kuih Kasturi
- 2 cawan kacang hijau rendam di dalam air selama 3 jam
- secukupnya air untuk rebus kacang
- ½ cawan tepung gandum
- ½ cawan kelapa parut
- 1 cawan gula pasir
- 1 sudu kecil garam
Salutan
- ¾ cawan air
- 2 cawan tepung beras
- 1 sudu besar air kapur
- 1 biji telur
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
Instructions
- Rebus kacang hijau dan air hingga lembut.
- Setelah air agak kering, masukkan gula, garam, tepung, dan kelapa parut.
- Kacau terus sehingga kering tetapi kacang hijau masih agak lembut
- Bulat-bulatkan adunan dan leperkan sedikit. Buat sampai habis.
- Satukan semua bahan salutan. Pastikan bancuhan tak terlalu pekat dan terlalu cair
- Celup kuih ke dalam bancuhan salutan dan goreng di dalam minyak yang panas hingga keemasan. Buat serdaknya sekali, baru lagi sedap.
- Sedia di hidangkan panas-panas.
Kebaikan Kacang Hijau Untuk Tubuh
Selain meningkatkan penghadaman, kandungan serat dalam kacang hijau juga dapat memberikan kesan penuh yang lebih lama supaya dapat mengawal selera makan dan mengelakkan anda daripada makan berlebihan.
Inilah yang menjadikan kacang hijau baik untuk dimakan untuk mengekalkan berat badan.
Kesan Sampingan Makan Kacang Hijau
Pengambilan terlalu banyak kacang hijau boleh menyebabkan pengumpulan gas dalam perut yang mencetuskan kembung perut.
Penyelidikan yang dijalankan oleh saintis dari Arizona State University di Phoenix telah membuktikannya. Menurut penyelidik, pengumpulan gas berlaku disebabkan oleh peningkatan serat makanan.
Masa Terbaik Untuk Makan Kacang Hijau
Sebaiknya makan kacang pada siang hari. Oleh kerana kacang mengandungi serat yang tinggi, ia boleh memudahkan penghadaman dan mengurangkan tahap kolesterol.
Lebih daripada itu, kacang juga boleh membuatkan anda tidur lena pada waktu malam.
Pelbagai Kuih Khas Melayu
Selain kuih kasturi kacang hijau, berikut adalah pelbagai jenis kuih-muih khas Melayu yang boleh dibuat di rumah:
Demikian resepi kuih kasturi kacang hijau yang boleh anda cuba sendiri di rumah. Semoga berjaya.