Kerabu Mangga

Bukan sahaja menyihatkan badan, mangga segar juga digunakan sebagai kerabu buah. Lebih-lebih lagi bila musim mangga. Anda boleh kreatif untuk membuat kerabu mangga.

Anda boleh menyimpan kerabu mangga di dalam peti sejuk. Jadi, apakah resipi dan cara membuat kerabu mangga? Ini ulasannya.

Kerabu Mangga

Kerabu Mangga

Hari ini kita buat kerabu mangga, ia sedap di buat sebagai ulam dan di makan bersama nasi. Ia pengganti kepada sambal belacan kerana kerabu ini sudah ada rasa pedas, masam dan manis seperti sambal belacan. 
No ratings yet
Prep Time 10 mins
Cook Time 7 mins
Course Side Dish
Cuisine Thailand
Servings 4 Orang

Ingredients
  

  • 3 biji mangga separuh masak saiz sederhana dihiris panjang dan di parut
  • 3 biji bawang merah dihiris nipis
  • 1 batang serai dihiris halus
  • 1 kuntum bunga kantan dihiris halus
  • 3 batang cili api dihiris
  • 3 sudu besar udang kering di sangai dan di tumbuk kasar
  • 3 sudu besar kacang tanah di sangai dan di tumbuk kasar
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1 biji limau nipis
  • 1 sudu besar gula pasir
  • secukupnya daun ketumbar

Instructions
 

  • Sangai udang kering dan kacang tanah hingga agak garing. Kemudian tumbuk kasar.
  • Satukan mangga bersama bawang, serai, bunga kantan, cili dan udang kering. Kacau rata.
  • Masukkan sos ikan dan gula, kacau lagi
  • Campur daun ketumbar dan perah limau, kacau sebati. Akhir sekali tabur kacang tanah.
  • Sedia di hidangkan.
Keyword Kerabu, Mangga
Tried this recipe?Let us know how it was!

Khasiat Buah Mangga

Mangga merupakan salah satu buah segar yang mempunyai banyak khasiat. Buah kuning ini juga berguna untuk penjagaan kulit. Beberapa nutrien di dalamnya boleh menyuburkan kulit.
Khasiat yang terkandung dalam mangga ialah vitamin, mineral, dan antioksidan. Anda akan mendapat vitamin C, A, B6, E, K, beta-karotena, magnesium dan banyak lagi. Kandungan ini dapat mengekalkan kesihatan tubuh badan dan menggalakkan kulit yang sihat. Berikut ini merupakan khasiat buah mangga antara lain:

  1. Membantu Mengawal Kolesterol.
    Mangga kaya dengan vitamin C, pektin, dan serat yang boleh membantu menurunkan paras kolesterol. Mangga segar juga mengandungi kalium, unsur penting untuk sel dan cecair badan serta membantu mengawal degupan jantung dan tekanan darah.
  2. Baik untuk Penglihatan.
    Mangga juga kaya dengan vitamin A. Semangkuk mangan menyediakan 25 peratus daripada keperluan harian untuk vitamin A, jadi ia baik untuk kesihatan penglihatan, mencegah mata kering dan rabun malam.
  3. Membantu Penghadaman.
    Mangga mengandungi enzim yang membantu memecahkan protein. Serat semulajadi dalam mangga membantu penghadaman. Mangga juga mengandungi serat pemakanan prebiotik, vitamin dan mineral.
  4. Menguatkan Sistem Imun.
    Gabungan semula jadi vitamin A dan C serta 25 jenis karotenoid membantu mengekalkan sistem imun.
  5. Tinggi Zat Besi.
    Mangga juga kaya dengan zat besi jadi bagus untuk penghidap anemia. Wanita yang menopaus atau hamil juga boleh memasukkan mangga dalam diet mereka untuk meningkatkan tahap zat besi dalam badan.

Itulah resepi Kerabu mangga sedap yang boleh anda amalkan sendiri di rumah. Anda juga boleh mencuba resipi lain seperti kerabu sotong khas thai dan kerabu sotong suun simple.

Selamat mencuba.

Leave a Comment

Recipe Rating