Kek Sarang Semut

Warna coklat kek sarang semut berasal dari adunan karamel. Kek ini mempunyai tekstur yang lembut dan kenyal.

Ia dipanggil kek sarang semut, tetapi kek ini tidak bermakna ia diperbuat daripada sarang semut sebenar, sebaliknya mempunyai bentuk yang serupa dengan sarang semut, berwarna coklat dan berlubang di dalamnya.

Kek zaman dahulu yang sering dipanggil kek karamel ini sering menjadi hidangan hantaran untuk majlis kesyukuran.

Anda cuba buat di rumah dengan bahan-bahan yang ringkas dan cara memasak yang mudah.

Kek Sarang Semut

Kek Sarang Semut

Saya suka rasa kek di mulut saya dan rasa 'lubang' semut di atas bumbung mulut saya, saya ketagih dengan rasanya.
No ratings yet
Prep Time 15 mins
Cook Time 30 mins
Course Dessert
Cuisine American
Servings 4 Orang

Ingredients
  

  • 3 biji telur
  • ½ cawan susu pekat
  • cawan butter
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking soda
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Bahan Karamel Gula

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas

Instructions
 

  • Panaskan gula dalam pan,jgn kacau dengan senduk. hanya golek-golekkan pan je cukup.
  • Bila gula semua sudah cair dan jadi dark brown, masukkan 1 cawan air panas. Hati2 sebab akan ada letusan letusan gelegak yg akan berlaku. Biakan gula semua cair dan mesra. Ketepikan dan biar gula itu turun suhu bilik.
  • Cairkan butter, ketepikan.
  • Pecahkan telur dan kacau kejap, tak perlu kacau sampai kembang. Lepastu masukkan susu dan kacau lagi hingga sebati.
  • Masukkan butter, kacau. Masukkan tepung dan baking soda. Kacau sebati dan masukkan esen vanilla.
  • Bila dah sebati, boleh masukkan karamel yg kita sudah sejukkan tadi. Gaul sebati dan tapis adunan. Adunan memang akan cair sikit. Tapis dulu untuk make sure tak de ketulan tepung.
  • Perap sekurang-kurangnya 1 jam, lagi lama lagi bagus. Nak perap semalaman pun bole.
  • Bakar suhu 160° / 30 minit, api bawah sahaja. Kemudian tambah api atas bawah 10 minit. jadi total bakar 40 minit.
  • Untuk dapatkan potongan yg cantik, potong kek tu melintang.
Keyword Kek, Sarang Semut
Tried this recipe?Let us know how it was!

TIPS

  1. Gunakan gula pasir yang betul-betul bersih, bebas dari kotoran.
  2. Pukul telur menggunakan whisk supaya betul-betul kembang, tidak terlalu banyak dan tidak terlalu kaku.
  3. Semasa membuat karamel, pastikan gula cair tidak bertukar menjadi coklat gelap kerana karamel akan mempunyai rasa pahit.
  4. Berhati-hati semasa menuang air panas ke dalam karamel, jangan tuang terlalu tinggi dan buat perlahan-lahan. Jika tidak, karamel suhu tinggi akan terpercik.

Pelbagai resepi lain yang boleh anda cuba di rumah, Marble Kek, Kek Brownies dan Roti Jala.

Selamat mencuba.

Categories Kek

Leave a Comment

Recipe Rating