Menjelang Hari Valentine, paling sesuai dihidangkan makanan manis terutama yang bertemakan coklat. Selain sedap, makan coklat juga boleh menceriakan hari-hari korang tau!
Salah satu makanan berasaskan coklat yang boleh anda buat ialah kek moist coklat. Teksturnya yang lembut dan coklat yang cair memang boleh direbut! Jom buat dengan resepi di bawah!

Kek Moist Coklat
Ingredients
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula
- 1 cawan minyak masak
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan susu pekat manis
- 3 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil serbuk penaik
Instructions
- Satukan telur dengan gula kacau sahaja tidak perlu terlalu kembang.Masukkan susu pekat manis.
- Masukkan esen vanilla dan tepung gandum yang sudah diayak bersama serbuk penaik dan soda bikarbonat.Kacau sebati.
- Masukkan serbuk koko dan tuang air panas.Kacau sehingga sebati dan akhir sekali masukkan minyak masak.
- Tuang ke dalam paper cup kecil.Bakar selama 20minit 160°C.
- Sedia untuk dihidangkan
Kandungan Coklat
Coklat mengandungi pelbagai jenis mineral iaitu magnesium, kuprum, kalium, dan kalsium. Nutrien ini mempunyai peranan yang sangat baik untuk saluran darah.
Coklat gelap (coklat gelap) ternyata mengandungi 36 mg magnesium setiap 100 kalori hidangan.
Faedah Makan Coklat
Coklat dipercayai dapat mengurangkan tahap kolesterol jahat (LDL) dalam darah. Oleh itu, kebaikan coklat adalah baik untuk mencegah pembentukan kolesterol dalam saluran darah, seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok.
Kesan Sampingan Makan Coklat
Melaporkan daripada Our Everyday Life, berikut adalah kesan buruk makan terlalu banyak coklat untuk badan anda, ambil perhatian!
- Potensi untuk penambahan berat badan. Kalori yang tinggi dalam coklat boleh meningkatkan risiko penambahan berat badan.
- Mencetuskan jerawat.
- Meningkatkan risiko diabetes.
Itulah resepi kek moist coklat yang boleh anda cuba sendiri di rumah. Selain menu ini, anda juga boleh mencuba resepi lain seperti popia nestum dan brownies kedut .