Resepi Kek Brownies dibuat mengikut citarasa sendiri dan sememangnya tekstur dan rasa yang sangat sedap.
Resepi ini tidak menggunakan pengadun elektronik, hanya guna hand whisk sahaja kerana adunan brownies tidak perlu dikacau terlalu lama, cukuplah jika bahan sudah sebati dan sebati.
Untuk menghasilkan brownies yang lazat juga, adalah sangat penting untuk menggunakan bahan gred berkualiti tinggi. Dark chocolate yang baik akan membuat perbezaan dalam rasa brownies

Kek Brownies
Brownies sangat popular sebagai makanan pemanis. Resepi ini memang hasilkan Brownies yang perfect, sedap, padat dan lembut.
Ingredients
- 125 gram mentega
- 200 gram dark chocolate
- 150 gram gula perang
- 25 gram gula kastrol
- 2 biji telur
- 50 gram tepung naik sendiri ayak
- 30 gram serbuk koko ayak
- 1 sudu kecil esen vanilla
Bahan Topping
- Nutella hazelnut
- Cokelat m&m
- Keju
- Kacang mete
Instructions
- Sediakan bahan Menggunakan kaedah double boil butter dengan dark choco hingga semua cair.
- Kacau guna whisk / senduk kayu, gula perang dan gula kastor, hingga sekadar sebati sahaja
- Bila sebati, masukkan mentega dan cokelat cair kacau rata.
- Masukkan tepung dan serbuk koko separuh separuh, kacau rata. Kacau sekadar sebati sehingga tekstur likat dan pekat.
- Sapu loyang saiz 8x8” (kalau nak Brownies lebih tebal guna saiz lebih kecil) dengan marjerin. Alas loyang dengan baking paper.
- Masukkan campuran ke dalam loyang, ratakan campuran. Hentakkan loyang supaya adunan sekata. Bakar pada suhu 150° selama 40min (Suhu rendah dan waktu lama supaya brownies masak sekata.
- Bila sudah masak, buka pintu oven tanpa mengeluarkan Brownies.
- Biarkan pintu oven terbuka selama 3-4 minit tujuan supaya permukaan Brownies akan berkedut.
- Keluarkan dari acuan semasa sedikit sejuk. Boleh potong brownies guna pisau tajam or ‘brownies cutter’ semasa sejuk.Hiasan ini menggunakan nutella spread dan cokelat m&m’s, keju atau kacang mete. Hiaskan atas brownies mengikut kegemaran atau boleh dibiarkan tanpa hiasan. Sedia untuk dihidang.
Tried this recipe?Let us know how it was!
Tips:
- Telur yang digunakan mestilah pada suhu bilik supaya mudah dibancuh dan tidak melekat di dalam adunan. Sekiranya telur sejuk, anda boleh segera merendamnya dalam air suam selama 10-15 minit.
- Brownies ini dimasak dengan sempurna jika anda mencucuknya dengan kayu dan apabila anda menariknya ia sedikit basah dan melekit di hujungnya.
- Jangan bakar sehingga kering kerana ia akan mempunyai tekstur seperti kek.
Pelbagai resepi lain yang boleh anda cuba di rumah, Marble Kek, Kek Sarang Semut, dan Roti Jala.
Selamat mencuba.