Kek batik sentiasa diminati ramai orang. Walaupun terdapat banyak lagi resepi kek yang sedap, kek batik sentiasa dipuja.
Kek batik nestum boleh dihidangkan sebagai pencuci mulut yang boleh dimakan pada bila-bila masa. Bentuk kek batik nestum yang menarik sangat kerap digunakan sebagai hidangan untuk majlis.
Kek batik nestum ini diperbuat daripada roti marie yang digabungkan dengan coklat, susu dan telur serta bahan-bahan lain.
Rasa kek batik nestum lembut penuh campuran coklat dengan keenakan roti marie sangat menyelerakan. Semua orang suka kek batik. Walaupun bahan-bahan yang diperlukan agak banyak, cara penyediaannya tidaklah rumit.
Cara memasak kek batik nestum tidak perlu dibakar. Hanya perlu sejukkan kek batik sehingga mengeras. Doh kek batik tidak menggunakan tepung gandum.

Kek Batik Nestum
Ingredients
- 600 gram biskut marie
- 1 cawan nestum
- 250 gram marjerin
- 1 cawan milo
- 1 cawan serbuk koko
- 3 biji telur
- 1 cawan susu pekat manis
- 1 cawan air
Instructions
- Patah-patahkan biskut Marie.
- Cairkan marjerin dalam kuali.
- Bila marjerin sudah cair masukkan Milo, serbuk koko, susu pekat. Kacau sedikit.
- Kemudian masukkan telur dan air, kacau lagi hingga pekat.
- Kemudian tutup api, masukkan biskut Nestum dan Marie. Kacau hingga sebati.
- Alaskan loyang atau bekas dengan plastik.
- Masukkan adunan kek di atas tadi.
- Tekan bagi padat.
- Sejukkan dalam peti sebelum kek dipotong.
Kebaikan Makan Nestum
Nestum lebih kaya dengan serat, mineral dan vitamin untuk menyokong pengambilan nutrisi harian keluarga tercinta anda.
Keghairahan untuk melakukan aktiviti juga bertahan lebih lama kerana Nestum memberikan rasa kenyang lebih lama dan memberikan tenaga yang mampan.
Kesan Sampingan Makan Bijirin Setiap Hari
Bahaya pengambilan bijirin setiap hari juga akan dapat menaikkan berat badan anda. Kerana ia tidak membuat anda kenyang dan mempunyai indeks glisemik yang tinggi, anda boleh mengambil banyak kalori sepanjang hari.
Pelbagai Kek Batik Melayu
Selain boleh dibuat kek batik nestum , kek batik juga ada pelbagai variasi seperti:
Itulah resepi kek batik nestum yang boleh anda amalkan sendiri di rumah.
Selamat mencuba.