Bagi anda yang tidak mengenali Ikan Singgang, ikan ini merupakan hidangan ikan masam manis yang dibuat dengan bekalan dapur yang terdapat di setiap rumah orang Melayu.
Ia mengandungi kunyit, garam, bawang merah dan halia di dalamnya.

Ikan Singgang
Ingredients
Bahan-Bahan
- 2 Kaleng Ikan Singgang/Sardin ABC
- 5 Ulas Bawang merah (Dihiris)
- 3 Ulas Bawang putih (Dihiris)
- 5 Biji Cili merah (Dihiris)
- 1 Biji Tomato kecil (Dihiris)
- Secukupnya Cili jablay (Optional)
- 1 Batang Serai (Ditumbuk)
- 2 Helai Daun bay/Salam
- 1 Sendi jari Halia (Ditumbuk)
- 1 Sendi jari Galangal/Lengkuas (Ditumbuk)
- Secukupnya Air
- Secukupnya Garam
- Secukupnya Perisa (Masako)
Instructions
- Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas dan serai, masak hingga masak dan naik bau.
- Kemudian masukkan ikan sardin/singgang dan sedikit air, tunggu sehingga mendidih baru masukkan tomato dan hirisan cili.
- Tunggu sehingga ia mendidih.
- Akhir sekali masukkan garam dan perisa (masako), semak rasanya.
- Tunggu sehingga rempah meresap dan air surut sedikit.
- Angkat dan hidangkan.
Khasiat Ikan Singgang
Hidangan ikan singgang hangat itu dikatakan popular di kalangan penduduk di Pantai Timur ketika ini. Manakala di pantai barat Malaysia juga terdapat menu yang mirip dengan singgang tetapi ia dipanggil pindang.
Singgang adalah ekstrak herba yang sangat baik untuk kesihatan. Ia mengandungi ekstrak kunyit, serai, lengkuas, asam gelugur, bawang putih dan ikan.
Menurut kajian penyiasat Institut Pembangunan Bioproduk, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai Johor, Prof Madya Dr Fadzilah Adibah Abdul Majid, ikan singgang mempunyai khasiat tersendiri.
Pelbagai Pilihan Masak Ikan
Selain boleh dibuat ikan singgang, ikan juga boleh dimasak dalam pelbagai variasi seperti:
- Ikan Tiga Rasa
- Ikan Bakar Sambal
- Ikan Keli Masak Lemak Cili Padi
- Ikan Masak Cuka
- Ikan Siakap 3 Rasa
- Ikan Kembung Masak Asam
- Ikan Masak Merah
- Ikan Siakap Stim
- Ikan Siakap Masak Sos
- Ikan Masak Asam Pedas
Itulah resepi ikan singgang yang boleh anda amalkan sendiri di rumah.
Selamat mencuba.