Siapa nak cuba resepi ikan pari bakar? Ikan pari bakar tidak kurang enaknya jika dibandingkan dengan jenis ikan bakar yang lain.
Bahan-bahan dan perencah ikan pari bakar cukup praktikal. Masa memasak makanan ini juga tidak lama. Jom ikuti resipi penuh di bawah!

Ikan Pari Bakar
Ingredients
Bahan Utama
- 500 gram ikan pari segar
- 1 biji limau nipis
- 1 sudu besar garam
Rempah Kisar
- 4 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 cm halia
- 1 cm kunyit
- 5 biji cili merah kerinting
- 2 biji kemiri sangrai
- 5 sudu besar santan pekat
- 1 sudu kecil garam
- 3 sudu besar kelapa parut
Instructions
- Basuh ikan pari sehingga bersih. Salut ikan dalam mangkuk dengan garam dan limau nipis atau jus lemon. Biarkan selama lebih kurang 10 minit.
- Kisar semua bahan rempah kisar.
- Perap ikan pari dalam rempah kisar. Biarkan selama 15 minit.
- Panaskan gril. Letakkan ikan di atas panggangan dan sapu perasa ke seluruh permukaan ikan.
- Bakar ikan sehingga perang. Jangan lupa terbalikkan supaya tidak hangus.
- Sapukan sedikit lagi baki bahan perasa ke seluruh permukaan ikan yang sedang dibakar.
- Keluarkan ikan bakar dan hidangkan ke pinggan.
Apakah Kebaikan Ikan Pari?
Kandungan vitamin B12 (cobalamin) dalam ikan pari juga berfungsi membentuk sel darah merah. Bukan itu sahaja, kandungan vitamin juga berguna dalam menjaga kesihatan saraf ibu hamil dan janin. Manakala vitamin D pula dapat membantu pembentukan tulang dan gigi yang kuat untuk janin.
Adakah Ikan Pari Tinggi Kolesterol?
Paras kolesterol tinggi tidak baik untuk kesihatan. Untuk mengekalkan paras kolesterol dalam badan anda boleh mengambil ikan pari yang mengandungi omega 3 yang diketahui sangat baik untuk menurunkan paras kolesterol.
Mengapa Daging Pari Berbau Seperti Air Kencing?
Ikan pari mengandungi kira-kira 2.5 peratus urea. Urea ini berkembang dan terurai menjadi ammonia, sehingga daging ikan pari berbau seperti air kencing.