Ikan Merah Masak Kicap

Bagi penggemar makanan laut, tentu anda sudah biasa dengan hidangan ikan merah masak kicap yang satu ini. Ikan merah masak kicap sangat digemari ramai orang. Rasanya pedas, manis dan menyelerakan. Resepi ikan merah masak kicap juga tidak terlalu sukar untuk dibuat.

resepi Ikan Merah Masak Kicap

Ikan Merah Masak Kicap

Masakan ikan merah yang sedap dan menyelerakan serta praktikal untuk dibuat
No ratings yet
Prep Time 10 mins
Cook Time 30 mins
Course Main Course
Cuisine Melayu
Servings 4 hidangan

Ingredients
  

  • 4 keping ikan merah
  • 10 biji bawang merah kisar
  • 3 ulas bawang putih kisar
  • 2 inci halia
  • 15 biji cili merah kisar, kalau tak suka pedas boleh kurangkan
  • 10 biji cili api kisar, kalau tak suka pedas boleh kurangkan
  • 1 ketul gula melaka
  • 2 biji tomato belah 4
  • 1 biji bawang besar potong baji
  • 2 tangkai daun sup hiris
  • 5 sudu besar kicap manis
  • 1 helai daun pandan
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil biji ketumbar kisar
  • 1 sudu kecil biji jintan manis kisar
  • 1 sudu kecil  biji jintan putih kisar
  • 2 tangkai kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 5 biji buah pelaga
  • 200 ml air asam jawa
  • 1 kiub ikan bilis
  • secukup rasa garam
  • secukup rasa minyak masak

Instructions
 

  • Gaulkan ikan dgn serbuk kunyit dan garam. goreng sehingga masak. Ketepikan.
  • Tumiskan rempah tumis 4 sekawan dgn daun pandan. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak dan harum baunyer
  • Masukkan pula bahan kisar yang ber tanda *, air asam jawa, kicap manis, gula melaka dan kiub ikan bilis. Kacau rata dan biarkan mendidih.
  • Selepas itu barulah masukkan ikan. masak sehingga pekat kuahnyer.
  • Akhir sekali masukkan tomato, bawang besar dan garam secukup rasa.
  • Setelah masak hidangkan dgn taburan daun sup
Keyword ikan merah masak kicap, masak kicap ikan merah
Tried this recipe?Let us know how it was!

Apa Guna Kicap?

Kicap ialah sejenis rempah dapur atau perisa makanan yang mempunyai tekstur cair. Kicap boleh menjadikan rasa makanan lebih enak dan lazat. Selalunya kicap itu hitam pejal atau mungkin hitam coklat sedikit. Kicap biasanya dibuat daripada kacang soya.

Apakah Kesan Sampingan Kicap?

Bahaya Terlalu Banyak Mengambil Kicap Manis:

  • Meningkatkan Risiko Hypothyroidism.
  • Risiko Kanser Payudara.
  • Tidak Baik untuk Buah Pinggang.
  • Risiko Diabetes Melitus.
  • Meningkatkan Risiko Penyakit Kardiovaskular.
  • Sekatan Penyerapan Mineral.
  • Kicap Mengandungi Amina.
  • Menghalang Pencernaan.

Apakah Kandungan Kicap Manis?

Gula, air, kalium klorida, garam, penstabil sayur-sayuran, pewarna karamel kelas III, kacang soya hitam, protein sayuran terhidrolisis, pengatur keasidan, penambah rasa, pengawet (natrium benzoat dan kalium sorbat), pemanis asli steviol glikosida.

Adakah Kicap Manis Mengandungi Kolesterol?

Bukan sahaja mempunyai paras kolesterol yang rendah, malah kicap manis dilengkapi dengan bahan-bahan lain yang boleh melindungi jantung.