Ikan masak merah memang menawarkan rasa lazatnya yang tersendiri. Terdapat pelbagai jenis ikan yang digunakan.
Sama ada ikan air tawar atau ikan air masin, hampir semua jenis ikan boleh dimasak dengan rempah merah ini.
Dan kalau korang jenis yang tak suka rasa pedas, boleh makan ikan masak merah lagi tau. Caranya ialah dengan menggantikan penggunaan lada cayenne dengan cili merah besar yang kurang rasa pedas.
Ikan masak merah ni pun boleh buat makan auto tambah nasi.
Sudah tertanya-tanya bagaimana cara membuatnya? Jom, resepi ikan masak merah mudah yang membuatkan anda ketagih.

Ikan Masak Merah
Ingredients
Bahan Utama
- 3 Ekor Ikan haruan Saiz sederhana
- 2 Helai Daun bay/daun salam
- 2 Helai Daun limau purut
- 2 Biji Cengkih
- 3 Cm Kayu manis
- 2 Biji Bunga lawang
- Secukupnya Gula merah/gula perang
Bahan Rempah Kisar
- 15 Biji Cili kering
- 3 Ulas Baput
- 4 Ulas Bamer
- 2 Biji Kacang hazel (kemiri)
- 1 Sudu kecil Garam
- 1 Sudu kecil Air rebusan ayam (kaldu ayam)
- ½ Sudu kecil Perasa
- ½ Sudu kecil Gula pasir
- 5 Sudu besar Minyak masak
Instructions
- Bersihkan ikan, potong kecil, kemudian goreng. Ketepikan.
- Bersihkan cili kering daripada biji benih. Kemudian rendam dalam air panas sehingga mengembang.
- Sediakan rempah ratus yang lain.
- Tumiskan rempah kisar dan rempah lain sehingga airnya menyusut.
- Masukkan minyak masak, tumis hingga masak. Semak rasa.
- Masukkan ikan haruan, kacau sebentar hingga rempah meresap.
- Sedia untuk Dihidangkan.
Khasiat Ikan Haruan
Manfaat ikan haruan yang seterusnya ialah membantu merawat penyakit jantung dan strok.
Albumin dalam ikan haruan mengandungi bahan asid amino lisin dan prolin yang berguna untuk jantung.
Dengan pengambilan kandungan prolin secara teratur dapat menguatkan otot jantung.
Ikan Haruan Boleh Menyembuhkan Luka Pembedahan
Ternyata ramai yang percaya bahawa ikan haruan mempunyai manfaat dalam menyembuhkan luka pasca operasi, serta luka dalam.
Sebabnya, ikan haruan mempunyai kandungan protein yang tinggi dan juga albumin iaitu sejenis sebatian yang diperlukan oleh tubuh dalam proses penyembuhan luka.
Pelbagai Pilihan Masak Ikan
Selain boleh dibuat ikan masak merah, ikan juga boleh dimasak dalam pelbagai variasi seperti:
- Ikan Tiga Rasa
- Ikan Bakar Sambal
- Ikan Keli Masak Lemak Cili Padi
- Ikan Masak Cuka
- Ikan Siakap 3 Rasa
- Ikan Kembung Masak Asam
- Ikan Singgang
- Ikan Siakap Stim
- Ikan Siakap Masak Sos
- Ikan Masak Asam Pedas
Itulah resepi ikan masak merah yang boleh anda amalkan sendiri di rumah.
Selamat mencuba.