Ikan Bakar Sambal

Terdapat pelbagai resepi sambal ikan bakar yang sedap dan ketagih. Ia bukan sahaja lazat, ia juga mudah dibuat.

Secara amnya, ikan bakar yang diproses lebih cenderung menggunakan kicap sebagai celup. Tapi, apa kata cuba sambal cili lain yang tak kurang sedapnya.

Dalam resepi ikan bakar sambal ini kami menggunakan ikan cencaru sebagai bahan utama. Semak langkah berikut.

Ikan Bakar Sambal

Ikan Bakar Sambal

Tahun baru nak masak apa, akhirnya ikan bakar sambal cili pilih, sedap untuk keluarga.
No ratings yet
Prep Time 10 mins
Cook Time 20 mins
Course Main Course
Cuisine Melayu
Servings 2 Orang

Ingredients
  

  • 2 ikan cencaru
  • 1 sudu kecil pes asam jawa
  • 1 sudu kecil gula merah hiris kisar
  • secukupnya garam

Bahan Kisar

  • 3 biji bawang merah
  • 3 biji cili merah
  • 4 biji cili api

Instructions
 

  • Pertama sekali sapukan asam jawa pada ikan cencaru.
  • Goreng ikan cencaru sehingga masak kemudian tos kan.
  • Tumiskan dengan sedikit minyak masak bahan kisar, kemudian masukan pes asam jawa, gula merah dan secubit garam.
  • Kemudian sapukan sambal ke dalam ikan cencaru dan bakar sehingga masak.
Keyword Ikan, Sambal
Tried this recipe?Let us know how it was!

Penerangan Ikan Cencaru

Ikan Cencaru (Torpedo Scad) ialah sejenis karnivor air terbuka tropika yang suka berkerumun secara berkumpulan di kawasan pantai Indo-Barat Pasifik, dari Afrika Timur hingga Jepun dan Australia.

Ikan ini hidup antara 20 – 100 meter dalam di kawasan payau yang mempunyai terumbu karang. Ikan Cencaru mempunyai nilai komersial yang tinggi. Nama saintifiknya ialah Megalaspis cordyla.

Ikan Cencaru berwarna kelabu kebiruan hingga hijau di bahagian dorsal, dan keperakan di bahagian bawah.

Operkulum mempunyai bintik hitam yang besar, dengan sirip gelap. Panjang ikan Cencaru sehingga 80 sentimeter (2 kaki 7 inci), dan berat sehingga 4 kilogram.

Ikan ini mempunyai 7-9 sirip kecil yang dipisahkan di bahagian belakang rusuk dan sirip dubur.

Kandungan Khasiat Ikan Cencaru

  • Energi: 100 kal.
  • Protein: 18,8 g.
  • Lemak: 2,2 g.
  • Kalsium: 40 mg.
  • Besi: 0,5 mg.
  • Fosfor: 179 mg.
  • Natrium: 43 mg.
  • Kalium: 392,6 mg.

Pelbagai Pilihan Masak Ikan

Selain boleh dibuat ikan bakar sambal, ikan juga boleh dimasak dalam pelbagai variasi seperti:

  1. Ikan Tiga Rasa
  2. Ikan Masak Asam Pedas
  3. Ikan Keli Masak Lemak Cili Padi
  4. Ikan Masak Cuka
  5. Ikan Siakap 3 Rasa
  6. Ikan Kembung Masak Asam
  7. Ikan Singgang
  8. Ikan Siakap Stim
  9. Ikan Siakap Masak Sos
  10. Ikan Masak Merah
  11. Ikan Bakar Portugis

Itulah resepi ikan bakar sambal yang boleh anda amalkan sendiri di rumah.

Selamat mencuba.

Leave a Comment

Recipe Rating