Bosan dengan donut? Mungkin anda boleh membuat donut coklat.
Seperti namanya, donut ini mempunyai warna coklat dan juga campuran coklat. Cara membuatnya sangat mudah seperti donat biasanya.
Berikut adalah resipi dan cara membuat donut coklat yang boleh anda cuba.

Donut Coklat
Ingredients
Bahan A
- 1 cawan air suam kuku
- 1 sudu besar yis
- 2 sudu besar susu pekat
- 2 sudu besar gula perang
Bahan B
- 3 cawan tepung gandum
- ½ cawan serbuk koko
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu besar majerin
- 1 biji telur
- secukupnya garam
Instructions
- Masukkan bahan A ke dalam bekas, ketepikan tunggu sehingga berbuih.
- Masukkan pula bahan B ke dalam bekas lain, gaul rata kemudian masukkan bahan A tadi uli sebati perapkan pula sehingga kembang 2x ganda.
- Bila dah kembang tekan-tekan doh supaya keluar angin.
- Kemudian bentukkan doh, perapkan pula 15 minit.
- Panaskan minyak,goreng sehingga masak.
Apa Itu Donut
Donat ialah sejenis kek mini atau pastri yang mempunyai bentuk yang tersendiri iaitu berongga di bahagian tengah seperti cincin dan bulat apabila diisi sesuatu.Donut boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu donat roti dan donat kek.
Lama Untuk Doh Donut Mengembang
Proses membenarkan doh mengembang (proofing) hendaklah disesuaikan dengan masa yang dicadangkan dalam resipi. Kebiasaannya ia mengambil masa maksimum 1 jam untuk doh mengembang dengan sempurna.
Tetapi jika anda biarkan ia mengembang terlalu lama (over proofing), doh akan hancur kerana yis telah mati.
Petua Menggoreng Donut
Petua untuk Menggoreng Donat untuk Memasak Sempurna:
- Sentiasa Gunakan Minyak Baru.
- Minyak Masak Mesti Banyak.
- Api Dapur Mesti Kecil.
- Jangan Goreng Terlalu Banyak Donat dalam Satu Kuali.
Itulah, resepi yang kami kongsikan kali ini tentang resepi masak donut coklat. Jangan ketinggalan resipi kami yang lain, tentang resepi memasak donut gebu dan donat bomboloni .