Cucur Cempedak

Cucur cempedak yang merupakan antara makanan ringan yang boleh dihidangkan pada bila-bila masa. Salah satunya ketika musim hujan. Buah cempedak mempunyai bentuk seperti nangka dan berbau durian.

Well, nak buat cucur cempedak yang rangup ni memang senang je tau. Ini resepi dan cara membuat cucur cempedak rangup yang dijamin sedap dan menggoyang lidah.

Cucur Cempedak Rangup

Cucur Cempedak

Buah cempedak, hmm bau nye saja buat jiran sebelah menjeling oii. Makan di petang hari dengan kopi.
No ratings yet
Prep Time 15 mins
Cook Time 20 mins
Course Snack
Cuisine Melayu
Servings 4 Orang

Ingredients
  

  • 1 biji cempedak saiz sederhana
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil air kapur
  • 1 biji telur
  • ½ sudu kecil garam
  • secukupnya air

Instructions
 

  • Kopek cempedak dan ambil isinya.
  • Bancuh tepung beras, serbuk kunyit, garam, air kapur, telur dan air. Bancuhan tak terlalu cair atau terlalu pekat.
  • Masukkan isi cempedak ke dalam bancuhan dan gaul hingga bersalut rata.
  • Goreng di dalam minyak yang panas hingga keemasan. Buat serdaknya sekali untuk dapatkan rangup.
  • Hidangkan panas.
Keyword Cempedak, Cucur, Rangup
Tried this recipe?Let us know how it was!

Khasiat Buah Cempedak

  • Menjaga Kesihatan Mata.
  • Mengekalkan Sistem Penghadaman.
  • Cegah Risiko Strok.
  • Rawatan Malaria.
  • Membantu Merawat Penyakit Tumor

Kesan Sampingan Makan Cempedak

Diketahui buah cempedak boleh meningkatkan asid perut. Jika selepas memakan buah cempedak ibu anda mengalami pedih ulu hati, maka besar kemungkinan ibu anda mengalami masalah perut akibat peningkatan pengeluaran asid perut. Beberapa penyakit dengan gejala ini, termasuk: ulser perut.

Kandungan Buah Cempedak

Buah cempedak mengandungi serat yang tinggi dan vitamin C yang membantu kesihatan jantung. Bukan itu sahaja, kandungan kalium yang cukup tinggi dalam cempedak mempunyai manfaat untuk membantu menurunkan tekanan darah.

Cempedak Tidak Menggemukkan

Walaupun Cempedak mempunyai rasa yang manis, buah ini mempunyai manfaat untuk mengurangkan risiko obesiti atau berat badan berlebihan. Ini disebabkan kandungan serat yang tinggi yang boleh membuatkan anda lebih cepat kenyang dan melancarkan pembuangan air besar.

Itulah resipi untuk membuat cucur cempedak yang rangup dan sedap. Selain itu, anda juga boleh mencuba resepi onde-onde dan cucur bawang sebagai teman minum kopi/teh anda.

Leave a Comment

Recipe Rating