Cheesekut Tiramisu

Cheesekut tiramisu adalah pencuci mulut/dessert yang lazat apabila dimakan sejuk. Lapisan biskut dicelup ke dalam bancuhan kopi segera, diselang selikan dengan adunan keju lemak berkrim. Tidak perlu menggunakan oven, tidak perlu telur dan juga tidak ada gelatin.

resepi Cheesekut Tiramisu

Cheesekut Tiramisu

Kek ini mempunyai rasa yang manis, lembut, dan juga mudah dibuat.
No ratings yet
Prep Time 10 mins
Cook Time 5 hrs
Course Dessert
Cuisine Melayu
Servings 5 people

Ingredients
  

  • 250 gram krim keju
  • 250 gram krim putar tenusu
  • ¾ cawan susu pekat
  • secukup rasa biskut cream cracker
  • 1 pek kopi segera
  • ¾ cawan air panas
  • secukup rasa serbuk koko

Instructions
 

Lapisan Adunan Cheese

  • Tumbuk krim keju sehingga lembut.
  • Masukkan susu pekat manis dan kacau hingga sebati.
  • Dalam mangkuk yang berasingan, tuangkan krim putar dan pukul sehingga pekat dan berkrim.
  • Tuangkan whipping cream ke dalam adunan creamcheese dan gaul rata.

Lapisan Cheesekut Tiramisu

  • Bancuh Nescafe 3 dalam 1 dengan 3/4 cawan air panas.
  • Celupkan biskut ke dalam bancuhan Nescafe dan susun dalam mangkuk.
  • Selang seli lapisan biskut dengan adunan creamcheese.
  • Sejukkan sekurang-kurangnya 5-6 jam atau semalaman.
  • Setelah sejuk, boleh keluarkan dan hiaskan dengan serbuk koko di atasnya.
Keyword cheesekut tiramisu
Tried this recipe?Let us know how it was!

Faedah Minum Kopi

Berikut adalah kebaikan minum kopi yang perlu diketahui oleh para pecinta:

  • Meningkatkan tenaga.
  • Kurangkan berat badan.
  • Mengurangkan risiko diabetes jenis 2.
  • Mencegah penyakit otak.
  • Lindungi hati.
  • Meningkatkan mood.
  • Kopi mengandungi antioksidan.
  • Meningkatkan mutu sukan.

Perbezaan Antara Krim Keju dan Krim Putar

Jelas berbeza, Keju Krim adalah keju krim, Krim Pukul adalah buih susu krim. Whipped Cream biasanya ditambah dengan gula dan vanila untuk menambah rasa.

Keju Krim adalah keju, dengan rasa dan aroma keju yang tersendiri.

Kegunaan Serbuk Krim Putar

Serbuk krim putar adalah sejenis krim putar yang boleh digunakan untuk menghias kek dan minuman. Krim putar biasanya berwarna putih kerana ia diperbuat daripada campuran susu atau krim dan gula.

Warna krim putar boleh dibuat lebih menarik, mengikut citarasa atau keperluan semasa membuat kek.

Pelbagai Pilihan Kek Tiramisu

Selain boleh dibuat cheesekut tiramisu, ada juga tiramisu lain yang boleh anda cuba suka:

  1. Kek Tiramisu
  2. Biskut Tiramisu
  3. Tiramisu Oreo

Itulah resepi cheesekut tiramisu yang boleh anda amalkan sendiri di rumah.

Selamat mencuba.

Categories Kek