Biskut Arab

Resepi Biskut Arab ini menggunakan 4 bahan sahaja. Ia sangat mudah, dan anda boleh menggunakannya untuk koleksi biskut hari raya. Jadi tak salah pun asalkan sedap tekak.

Bahan utama yang memastikan keenakan biskut arab ini ialah minyak sapi. Yang ini kena ikut, barulah bau harum biskut raya anda.

Biskut Arab

Biskut Arab

Biskut arab ni bahan tak banyak. Cara buat pun mudah. Pada penggemar makanan yang berasakan minyaj sapi mesti suka akan biskut arab ni setiap kali menjelang aidilfitri.
No ratings yet
Prep Time 10 mins
Cook Time 20 mins
Course Dessert
Cuisine Indian
Servings 5 Orang

Ingredients
  

  • 125 gram minyak sapi
  • 300 gram tepung gandum
  • ½ cawan gula aising
  • ¼ cawan susu tepung full cream

Instructions
 

  • Dalam mangkuk masukkan minyak sapi, adun dengan tepung gandum hingga menjadi doh yang lembut.
  • Ambil sedikit doh bulat bulatkan menjadi bebola. Boleh juga guna sudu metrik untuk sukatan supaya hasil sama saiz. Susun dalam dulang.
  • Bakar dengan suhu 150°c selama 20 minit api atas bawah. Sejukkan seketika.
  • Campurkan susu tepung dan gula aising. Salutkan biskut dengan campuran susu tepung dan gula aising.
  • Isi dalam paper cup juga boleh ye.
  • Sedia dihidangkan.
Keyword Biskut Arab
Tried this recipe?Let us know how it was!

Khasiat Minyak Sapi untuk Kesihatan

  1. Sumber lemak untuk badan. Hampir 100% kandungan nutrisi minyak sapi adalah lemak yang terbahagi kepada lemak tepu dan tak tepu.
  2. Membantu mengurangkan keradangan dalam usus.
  3. Banyakkan pengambilan vitamin A.
  4. Membantu mengawal kolesterol dan berat badan.
  5. Membantu menyihatkan jantung.

Kegunaan Minyak Sapi

Minyak sapi juga boleh digunakan untuk membakar roti, membuat kek, menggoreng ayam, dan sebagainya. Dalam penggunaan, ia hampir sama dengan mentega.

Beberapa Cara Menggunakan Minyak Sapi dalam Masakan

  1. Campurkan sedikit ke dalam sayur kukus atau jagung rebus.
  2. Gunakan minyak sapi semasa menggoreng telur.
  3. Menggunakan minyak sapi sebagai ganti mentega untuk kentang panggang.
  4. Campurkan sedikit minyak sapi atau minyak sapi ke atas sayur-sayuran sebelum memanggang.

Itulah resepi Biskut Arab gebu yang boleh anda amalkan sendiri di rumah. Anda juga boleh mencuba resipi lain seperti biskut arab suji dan kek sarang semut.

Selamat mencuba.

Leave a Comment

Recipe Rating