Begedil Kentang

Begedil kentang merupakan hidangan sampingan yang bukan sahaja terkenal dalam bahasa Melayu, malah di pelbagai negara di dunia. Ia sangat lazat, terutamanya apabila digabungkan dengan lauk-pauk lain. Resepi ini juga boleh menjadi pilihan untuk menu makan tengahari atau makan malam.

Walaupun penampilannya ringkas,Begedil kentang mempunyai kedalaman rasa yang tidak ada pada hidangan sampingan lain. Adakalanya diisi dengan daging cincang, ikan yang dikisar, atau kosong, cukuplah dia sahaja menemani hidangan lengkap yang menggunakan nasi atau karbohidrat lain. Bukan itu sahaja, begedil kentang juga sesuai untuk digabungkan dengan pelbagai jenis protein.

Begedil Kentang

Begedil Kentang

Minggu ini kita buat begedil kentang, resepi biasa, tanpa isi haiwan. Kita buat bebola.
No ratings yet
Prep Time 10 mins
Cook Time 15 mins
Course Side Dish
Cuisine Melayu
Servings 5 Orang

Ingredients
  

  • 500 gram kentang digoreng
  • 2 sudu besar bawang goreng
  • 2 sudu besar daun sup cincang
  • secukupnya lada hitam
  • secukupnya lada sulah
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 biji telur

Instructions
 

  • Goreng kentang hingga masak. Kemudian lenyekan.
  • masukan bawang goreng, daun sup cincang, lada, dan secukupnya garam.
  • Masukkan tepung jagung. Gaul rata dan buat bentuk bebola.
  • Celupkan bebola di dalam telur dan goreng dalam minyak tenggelam. Toskan minyak.
Keyword Begedil, Kentang
Tried this recipe?Let us know how it was!

Tips Begedil Kentang Tidak Hancur Apabila Digoreng

Supaya adunan tidak melekat pada kuali, goreng dengan minyak panas yang banyak. Semasa menggoreng jangan selalu terbalik. Hanya pusing sekali apabila sebelah sudah mula kering. Jika kerap diselak, begedil akan mudah pecah dan menyerap minyak dengan banyak.

Khasiat Kentang untuk Badan

  1. Kesihatan jantung.
  2. Kesihatan tulang.
  3. Tekanan darah.
  4. Metabolisme.
  5. Meningkatkan daya ingatan.
  6. Melancarkan penghadaman.
  7. Cepat kenyang.

Kandungan Kentang

Kentang juga mengandungi folat, vitamin B, vitamin K, selenium, fosforus, besi, magnesium, dan kalsium. Banyak khasiat dalam kentang terdapat dalam kulit. Adalah penting untuk diingat bahawa kentang tidak mengandungi lemak dan kolesterol dan rendah natrium atau garam semula jadi.

Begedil memang boleh dijadikan pelbagai hidangan yang enak dan menyelerakan. Selain membuat begedil kentang, kita juga boleh membuat Tauhu bergedil , kentang bakar, atau Popiah goreng kentang putar yang tidak kurang enaknya.

Leave a Comment

Recipe Rating