Ayam Masak Hijau

Ayam masak hijau ini selalu menambah nasi kerana rasanya yang pedas dan sedap. Perencah cili hijau meresap ke dalam daging ayam.

Dalam bentuk ayam yang dimasak dengan cili hijau kerinting hingga segar pedas.

Terdapat sedikit loghat masam dari tambahan daging limau nipis yang ditumbuk bersama rempah ratus. Masak perlahan-lahan sehingga semuanya serap dalam daging ayam.

Yang paling best tentunya dimakan bersama nasi hangat. Penambahan cili api hijau membuatkan rasa pedas lebih menggigit.

Anda boleh membuat ayam masak hijau anda sendiri dengan resipi dan petua berikut.

resepi Ayam Masak Hijau

Ayam Masak Hijau

Menu ayam yang pedas dan menyelerakan
No ratings yet
Prep Time 30 mins
Cook Time 30 mins
Course Main Course
Cuisine Melayu
Servings 6 hidangan

Ingredients
  

  • 1 ekor ayam potong 6 bahagian
  • 10 biji cili api hijau tumbuk
  • 3 biji tomato hijau hiris kasar/tumbuk
  • 1 biji limau nipis
  • 2 sudu kecil garam
  • secukup rasa minyak masak
  • 2 helai daun limau
  • 1 batang serei tumbuk
  • 1 batang daun bawang hiris kasar

Rempah Kisar

  • 100 gram cili hijau kerinting
  • 8 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • ½ biji limau nipis kupas dan ambil dagingnya
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula

Instructions
 

  • Salutkan kepingan ayam dengan jus limau nipis dan garam hingga rata. Biarkan selama 30 minit.
  • Goreng ayam dalam minyak panas hingga agak kering kemudian toskan.
  • Panaskan 4 sudu besar minyak dalam kuali, tumis rempah kisar hingga naik bau dan masak. Kecilkan api.
  • Masukkan daun limau purut dan serai, kacau hingga layu dan naik bau.
  • Masukkan ayam goreng, cili api hijau dan tomato hijau.
  • Masak dengan api perlahan sehingga rempah meresap.
  • Masukkan daun bawang, kacau hingga layu dan kemudian angkat.
Keyword ayam masak hijau
Tried this recipe?Let us know how it was!

Apakah Kandungan Cili Hijau?

Cili hijau kaya dengan nutrien yang berharga untuk kesihatan badan, kerana ia mengandungi vitamin A, C, K, dan fitonutrien yang dipanggil capsaicin. Kandungannya dipercayai dapat menghalang pertumbuhan sel kanser dalam badan.

Bolehkah Cili Membantu Menurunkan Berat Badan?

Mempercepatkan proses metabolisme badan. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa orang yang mengambil capsaicin boleh membakar lebih kurang 50 kalori lebih banyak tenaga setiap hari. Sebab itulah pengambilan makanan berempah sering dikatakan mampu menurunkan berat badan.

Ini adalah resipi ayam masak hijau yang anda boleh cuba sendiri di rumah. Cuba juga resipi lain seperti ayam kukus sos tiram, sup ayam halia dan ayam kukus halia yang juga menyelerakan.