Kuih apam gula merah boleh jadi pilihan kalau nak buat snek murah.
Kuih apam gula merah biasanya dihidangkan semasa perayaan kebudayaan seperti Tahun Baru Islam. Namun, anda juga boleh menjadikannya sebagai snek untuk minum petang.
Dalam resepi ni, kuih apam gula merah dikukus, jadi yang tak ada oven pun boleh buat.

Apam Gula Merah
Ingredients
- 250 gram tepung beras
- 50 gram tepung tapioka
- 200 gram gula merah
- 150 ml air kelapa
- 300 ml santan pekat
- 5 gram yis segera
- ½ sudu kecil garam
- 2 helai daun pandan
Instructions
- Masak air kelapa, gula merah, dan pandan sehingga mendidih atau gula larut. Tapis kemudian ketepikan.
- Campurkan tepung beras, kanji, garam, dan yis. Sambil menguli masukkan air gula merah sedikit demi sedikit.
- Masukkan santan, sedikit demi sedikit sambil diuli hingga doh lembut. Uli doh selama 15 minit.
- Sediakan takir dari daun pandan. Panaskan pengukus selama lebih kurang 15 minit.
- Tuangkan adunan ke dalam dulang atau acuan kek cawan sehingga hampir penuh. Kukus sehingga masak dan pecah, lebih kurang 20 minit. Angkat, sejukkan, kemudian hidangkan.
Gula Perang Adakah Selamat?
Gula perang memang dikatakan lebih selamat untuk diambil oleh penghidap diabetes berbanding jenis gula lain terutamanya gula putih. Malah, kandungan gula merah selamat untuk penghidap diabetes. Walaupun begitu, terdapat kemungkinan peningkatan paras gula pada skala yang lebih kecil.
Adakah Gula Perang Baik Untuk Asid Perut?
Melaporkan dari timesofindia, berikut adalah senarai makanan yang boleh membantu mengatasi keasidan perut apabila asid perut meningkat. Gula perang dengan kandungan magnesium yang tinggi membantu meningkatkan kekuatan usus, sekali gus membantu penghadaman.
Bolehkah Gula Perang Menaikkan Gula Darah?
Untuk pengetahuan anda, gula perang mengandungi lebih banyak kalsium, zat besi, dan kalium jika dibandingkan dengan gula putih. Tetapi anda perlu tahu, gula merah dan gula putih terdiri daripada sukrosa. Kedua-dua jenis gula boleh meningkatkan paras gula dalam darah seperti makan kentang goreng, ubi keledek dan popcorn.