Agar Agar Cermin Buah

Buah-buahan biasanya dihidangkan dikupas dan dipotong-potong. Memang tidak dinafikan persembahan buah-buahan segar seperti ini memang digemari dan lebih praktikal untuk dimakan. Namun, buah sebenarnya boleh diolah menjadi pelbagai jenis makanan yang sama-sama sihat. Seperti jus, smoothie, adunan kek, atau agar agar.

Agar agar cermin buah kaya dengan serat dan baik untuk kesihatan. Pelbagai jenis buah boleh dibuat menjadi agar agar yang manis, sihat dan lazat. Selain itu, cara membuat agar-agar cermin buah adalah simple dan praktikal.

Agar Agar Cermin Buah

Agar Agar Cermin Buah

Menu berbuka puasa saya buatkan puding cermin buah-buahan. Cara membuatnya pun sangat mudah dan cepat. Rasanya sangat sedap kerana disetiap gigitan terasa buah yang segar.
No ratings yet
Prep Time 10 mins
Cook Time 15 mins
Course Dessert
Cuisine Melayu
Servings 5 Orang

Ingredients
  

  • 10 gram serbuk agar agar
  • 1 liter air
  • 200 gram gula putih
  • 1 sudu kecil paste strawberry
  • 2 sudu besar selasih direndam air
  • 6 biji strawberry dibelah dua
  • 1 biji kiwi hijau dibelah tipis
  • 10 biji anggur
  • 3 ketul peach dalam tin
  • 3 biji oren
  • 1 cawan laici dalam tin

Instructions
 

  • Satukan gula, serbuk agar-agar dan air masak atas api sehingga mendidih.
  • Tuangkan sedikit ke dalam kuali bulat kemudian masukkan selasih yang kembang, susun buah-buahan yang telah dicincang. Tuangkan adunan agar agar sehingga ¾ kuali kemudian susun semua buah sehingga masak.
  • Ambil satu mangkuk adunan agar-agar dicampurkan dengan paste strawberry. Kacau sebati dan tuang sehingga penuh loyang. Sejukkan didalam peti ais selama 4 jam.
  • Sedia di hidangkan.
Keyword Agar Agar, Buah
Tried this recipe?Let us know how it was!

Berapa Minit untuk Memasak Agar Agar?

Rebus hingga mendidih dan sedikit pekat. Masa memasak untuk jeli adalah kira-kira lima hingga tujuh minit.

Kebaikan Agar agar untuk Kesihatan Badan

  1. Melancarkan penghadaman.
  2. Meningkatkan kekuatan tulang dan gigi.
  3. Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
  4. Tingkatkan daya tahan.
  5. Kurangkan berat badan.

Anda mesti cuba resepi puding roti milo dan puding jagung yang sedap dan simple.

Leave a Comment

Recipe Rating